Muat turun Taqwim Hijri 1443h

 

Sila klik link di bawah.

 

https://1drv.ms/u/s!Ag5TO54_-4MYcdNeBhKm0JTBf1s?e=ng5YxK

 

Zon 1- Tampin & Jempol

 

Zon 2- Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah & Jelebu

GARIS PANDUAN SOLAT SUNAT HARI RAYA ‘IDULADHA 1442H DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1

1. TUJUAN
Garis Panduan Pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya ‘Iduladha 1442H Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 ini disediakan sebagai panduan kepada Pegawai Masjid bertugas dan AJK Masjid atau Surau Jum’at untuk menunaikan ibadah solat sunat ‘Iduladha di Negeri Sembilan.
2. OBJEKTIF
2.1. Mewujudkan penyelarasan dengan memastikan pelaksanaan tugas mengikut ketetapan yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.
2.2. Dijadikan sebagai rujukan kepada Pegawai dan AJK Masjid atau Surau Jum’at serta mana-mana agensi dan individu yang hendak melaksanakan ibadah solat sunat ‘Iduladha di Negeri Sembilan.
3. PANDUAN SOLAT SUNAT ‘IDULADHA 1442H DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) FASA 1.
3.1. Hanya imam, bilal dan siak yang bertugas serta Ahli Jawatankuasa Qaryah sahaja DIBENARKAN untuk solat di Masjid atau Surau Jum’at sahaja. Bilangan jemaah terhad kepada 12 orang sahaja dalam satu-satu masa yang terdiri daripada Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid / Surau Jum’at.
3.2. Jemaah hendaklah berstatus warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang merupakan ahli qaryah Masjid berkenaan atau penduduk taman Surau Jum’at berkenaan.
3.3. Panduan ini perlu dibaca bersama dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Aktiviti bagi Masjid / Surau Jum’at di Negeri Sembilan Dalam TempohPerintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1.
3.4. Masjid / Surau Jum’at yang terletak di dalam zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah TERTAKLUK mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri.
3.5. Bagi jemaah lain, mereka boleh melaksanakan solat sunat Hari Raya di rumah masing-masing bersama-sama ahli keluarga.
3.6. Bagi mereka yang DIBENARKAN untuk melaksanakan solat sunat Hari Raya di Masjid atau Surau Jum’at, hendaklah mematuhi Garis Panduan seperti yang dinyatakan.
4. PERSEDIAAN BAGI MASJID / SURAU JUM’AT
4.1. Menetapkan HANYA 1 pintu sahaja bagi tujuan masuk dan keluar dari ruang solat;
4.2. Menyediakan kaunter di luar pintu masuk bagi memeriksa suhu badan jemaah. Semua yang hadir HENDAKLAH diperiksa suhu badan mereka. Bagi jemaah yang suhu badannya pada atau melebihi 37.5 darjah celcius TIDAK DIBENARKAN masuk dan dinasihatkan supaya merujuk ke Klinik Kesihatan yang berhampiran;
4.3. Menyediakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) di pintu yang ditetapkan serta di tempat yang difikirkan perlu;
4.4. Menyediakan kod QR MySejahtera dan buku rekod kehadiran jemaah untuk mencatat butiran nama, no. kad pengenalan, alamat, no. telefon dan suhu badan;
4.5. Memastikan jemaah yang hadir bukan dalam kalangan warga emas yang berumur 70 tahun dan ke atas;
4.6. Membuka pintu masuk ke ruang solat seawal jam 7:30 pagi dan menutupnya selepas selesai takbir dan sebelum Solat Sunat ‘Iduladha 1442H dikerjakan;
4.7. Melaksanakan penjarakan fizikal di pintu masuk dan keluar, dalam ruang solat dan di luar kawasan ruang solat Masjid atau Surau Jum’at;
4.8. Membuat tanda saf di dalam ruang solat Masjid atau Surau Jum’at;
4.9. Memastikan susunan saf bagi imam dan makmum adalah seperti berikut, iaitu imam berada di hadapan dengan jarak 1.5 meter daripada makmum. Manakala jarak antara makmum dengan makmum yang lain juga adalah 1.5 meter dari hadapan, belakang, kiri dan kanan;
4.10. Memastikan pengaliran udara baik dan lancar di dalam ruang solat dengan membuka tingkap dan kipas angin;
4.11.Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah yang ada pada satu-satu masa; dan
4.12. Orang lain yang TIDAK BERKAITAN atau TIDAK BERTUGAS akan di ambil tindakan oleh Pihak Berkuasa jika didapati berada di Masjid atau Surau Jum’at tersebut.
5. PERSEDIAAN DAN PENJAGAAN DIRI
5.1. Pegawai Masjid bertugas dan AJK Masjid atau Surau Jum’at yang disahkan positif Covid-19, atau baru sembuh daripada Covid-19, DILARANG menghadiri solat sunat Hari Raya di Masjid atau Surau Jum’at;
5.2. Pegawai Masjid yang bertugas dan AJK Masjid atau Surau Jum’at yang kurang sihat, batuk serta mempunyai gejala Covid-19, DILARANG hadir di Masjid atau Surau Jum’at;
5.3. Jemaah yang berumur 70 tahun dan ke atas DILARANG hadir;
5.4. Jemaah hendaklah sentiasa memakai pelitup hidung dan mulut (face mask) ketika berada di Masjid dan Surau Jum’at termasuk ketika mendirikan solat. Pemakaian pelitup muka berganda ( 2 lapis ) adalah digalakkan;
5.5. Jemaah hendaklah menggunakan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) yang disediakan di pintu masuk dan keluar ruang solat;
5.6. Jemaah hendaklah mengambil wuduk terlebih dahulu dari rumah masing-masing sebelum hadir ke Masjid atau Surau Jum’at;
5.7. Jemaah TIDAK DIBENARKAN berjabat tangan (bersalaman) antara satu sama lain. Ia boleh digantikan dengan “salam isyarat”, iaitu dengan meletakkan tangan di dada sambil mengucapkan salam;
5.8. Jemaah diminta membawa sejadah sendiri ( bersaiz besar : 2 x 4 kaki ) dari rumah masing-masing;
5.9. Jemaah diminta mengisi rekod kehadiran yang disediakan atau mengimbas kod QR MySejahtera yang disediakan;
5.10. Jemaah hendaklah mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di Masjid atau Surau Jum’at;
5.11. TIDAK DIBENARKAN berpusu-pusu ketika masuk dan keluar dari ruang solat; dan
5.12. Jemaah HENDAKLAH terus pulang ke rumah masing-masing setelah selesai solat.
6. SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS SOLAT SUNAT ‘IDULADHA 1442H
6.1. Imam HENDAKLAH membuat pengumuman kepada makmum tentang penjarakan fizikal dan peraturan SOP yang lain;
6.2. Imam HENDAKLAH MENGGUNAKAN pembesar suara dalaman sahaja semasa mengerjakan solat dan semasa berkhutbah;
6.3. Imam digalakkan membaca surah dan ayat yang pendek ketika solat;
6.4. Dicadangkan solat mengambil masa anggaran maksimum 7 minit;
6.5. Zikir dan do’a selepas solat dalam anggaran masa maksimum 3 minit.
6.6. Khatib HENDAKLAH membaca teks khutbah yang disediakan oleh JHEAINS. Teks khutbah ini boleh dimuat turun melalui www.ekhutbah.ns.gov.my ;
6.7. Teks khutbah hendaklah ringkas dan pendek dengan rukun khutbah yang lengkap;
6.8. Jemaah HENDAKLAH bersurai dalam keadaan tenang melalui pintu keluar yang ditetapkan sambil mematuhi penjarakan fizikal;
6.9. Perkumpulan selepas solat TIDAK DIBENARKAN; dan
6.10.Pintu pagar utama dan pintu bangunan Masjid atau Surau Jum’at
HENDAKLAH dikunci rapi oleh pegawai yang bertugas selepas selesai aktiviti solat.
7. PANDUAN SAMBUTAN HARI RAYA
7.1. Takbir Hari Raya sama ada takbir mursal (1) atau takbir muqaiyad (2) di Masjid atau Surau Jum’at BOLEH dialunkan oleh imam, bilal serta siak yang bertugas sahaja.
7.2. Takbir dari rumah ke rumah pada malam Hari Raya TIDAK DIBENARKAN. Orang ramai boleh bertakbir di rumah masing-masing bersama-sama ahli keluarga.
7.3. Amalan ziarah menziarahi pada Hari Raya TIDAK DIBENARKAN merujuk kepada arahan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa.
7.4. Amalan menziarahi tanah perkuburan TIDAK DIBENARKAN. Umat Islam boleh menggantikan amalan ini dengan bacaan Yasin, Tahlil dan Do’a kepada arwah di rumah masing-masing.
8. PENGUATKUASAAN PERINTAH DAN ARAHAN
8.1. Mana-mana orang yang melanggar arahan ini akan DIKENAKAN
TINDAKAN di bawah Seksyen 59 (Mengingkari arahan Pihak Berkuasa
Agama) dan 109 (Mengingkari perintah yang diisytiharkan oleh penjawat awam) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.
9. PEMANSUHAN
9.1. Garis Panduan Pelaksanaan Solat Sunat Hari Raya ‘Iduladha 1442H Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 ini berkuatkuasa dari tarikh ia dikeluarkan. Dengan ini, arahan yang dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal.
9.2. Sebarang pindaan garis panduan ini akan dikaji dari semasa ke semasa atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara.
Disediakan oleh :
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tarikh : 14 Julai 2021 / 4 Zu al-Hijjah 1442H
(1) Juga disebut Takbir Mutlak, kerana perlaksanaannya tidak terikat dengan waktu solat. Takbir Mursal bermula selepas terbenamnya matahari pada malam raya, yakni masuk waktu Maghrib 9 Zu al-Hijjah
sehinggalah solat Hari Raya ‘Iduladha dimulakan.
(2) Perlaksaanan takbir ini terikat dengan perlaksanaan solat-solat maktubah (solat fardhu lima waktu). Oleh itu, kita disunatkan untuk bertakbir selepas setiap kali solat fardhu. Takbir Muqaiyad bagi Hari Raya ‘Iduladha bermula pada waktu Subuh Hari Arafah dan berterusan sehingga tamat waktu Asar pada Hari Tasyriq yang ketiga menjadikan waktu bertakbir itu 5 hari 4 malam.

SOP SOLAT SUNAT HARI RAYA IDULADHA 1442H

PENDAFTARAN IRSYAD AL-FATWA NEGERI SEMBILAN 2021

Tarikh:  23 Mac 2021: 9 Sya’ban 1442H | Selasa
⏰  8:30 pagi – 1:00 ptg
🕌 Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan, Paroi, Seremban, NS
Boleh klik pautan dibawah👇🏻 untuk pendaftaran terhad 250 orang secara fizikal mengikut SOP atas nasihat MKN
atau scan Qr code di sediakan.
                          👇🏻👇🏻

MUNAQASYAH FIQH FALAK PERINGKAT KEBANGSAAN 2020

 

Tarikh : 06 – 08 Oktober 2020 / 18 – 20 Saffar 1442H
Hari : Selasa – Khamis
Tempat : Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan

 

SELASA, 6 OKTOBER 2020 M / 18 SAFAR 1442H

SESI 1 
Panel 1  –  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) : Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti 

Tajuk : Fatwa – Fatwa dan Kitab-Kitab Berkaitan Falak                                                                                 

Panel 2  –  Dato’ Anhar Bin Opir, Timbalan Mufti Negeri Selangor                                                                 

Tajuk : Pengeluaran Fatwa & Hukum Falak Antara Syariat dan Sains 

 Moderator  –  Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang : Ustaz Muhammad Haniff Bin Baderun

 

RABU, 7 OKTOBER 2020 M / 19 SAFAR 1442H 

SESI 2
Panel 1  –  Pakar Falak JAKIM : YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Zambri Bin Zainuddin

Tajuk : Pengistinbatan Anak Bulan Dari Perspektif Syariah dan Astronomi                                               

Panel 2  –  Agensi Angkasa Negara (MOSTI) : Mohammad Redzuan Bin Md Tahar 

Tajuk : Perkembangan Teknologi Dan Pemprosesan Imej Objek Samawi       

Moderator  –  Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan : Ustaz Shahril Azwan Bin Husin

 

SESI 3
Panel 1  –  Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan : YBrs. Tuan Haji Hanafiah Bin Abdul Razak

Tajuk : Penerbitan Dan Kajian Falak Kontemporari                     

Panel 2  –  Panel Pakar Falak JAKIM : YBrs. Tuan Haji Hanafiah Bin Abdul Razak 

Tajuk : Asma Layali Al-Qamar                         

Moderator  –  Jabatan Mufti Negeri Perak : Ustaz Muhamad Faizal Bin Jani

 

KHAMIS, 8 OKTOBER 2020 M / 20 SAFAR 1442H

SESI 4
Panel 1 – YBrs. Profesor Madya Dr. Saadan Bin Man, Ketua Penyelidik Kajian Falak JAKIM

Tajuk : Penentuan Kadar Dua Marhalah, Qaryah dan Balad Dari Perspektif Fiqh Semasa 

Panel 2 – YBrs. Dr. Muhammad Hakimi Bin Mohd Hussain               

Moderator  –  Universiti Sultan Zainal Abidin : En. Ahmad Taufan Bin Abdul Rashid

 

Majlis disempurnakan dengan resolusi dan majlis penutup oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

PROGRAM IRSYAD AL-FATWA DAERAH SEREMBAN – PORT DICKSON – REMBAU 2020

 

Tarikh : 08 Oktober 2020 / 20 Saffar 1442H
Hari : Khamis
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat : Majlis Perbandaran Nilai, Negeri Sembilan

 

NILAI, Program dihadiri oleh :

  • Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Amran  Bin Awaludin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  • Pembentang Jemputan : Yang Berbahagia Dr Muhammad Ayman Al-Akiti,Pensyarah Kanan Universiti Islam  Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap fellow Akidah IKIM
  • Yang Berusaha Ustaz Mohamad Tahir Bin Kamis, Penolong Mufti Bahagian Fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
  • Panel 1 : Al – Fadhil Dr. Hj. Muhammad Yusry Bin Hj. Mazlan, Imam Besar Masjid Negeri & AJK Fatwa 2020
  • Moderator : Al – Fadhil Ustaz Ahmad Azlan Bin Raihan, Penolong Mufti Bahagian Istiqra’ Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

 

 

Program dimulakan dengan sesi pembentangan 1 oleh Pembentang Jemputan Yang Berbahagia Dr Muhammad Ayman Al-Akiti,Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap fellow Akidah IKIM bagi membentangkan perbahasan bedah kitab “Siapakah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan Al – Fadhil Ustaz Ahmad Azlan Bin Raihan, Penolong Mufti Bahagian Istiqra’ Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selaku moderator.

 

    

 

Majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian penutup Program Irsyad Al-Fatwa Daerah Seremban – Port Dickson – Rembau 2020 oleh Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Amran Bin Awaludin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

 

 

Seterusnya majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata oleh Yang Berbahagia Sohibul Fadhilah Tuan Amran Bin Awaludin, Timbalan Mufti Negeri Sembilan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kepada Yang Berbahagia Dr Muhammad Ayman Al-Akiti,Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merangkap fellow Akidah IKIM selaku pembentang jemputan dan kepada Al – Fadhil Ustaz Ahmad Azlan Bin Raihan, Penolong Mufti Bahagian Istiqra’ Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan selaku moderator.

PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN KAEDAH ISTIWA’ A’DZAM (ISTIWA’ UTAMA)

PENENTUAN ARAH KIBLAT MENGGUNAKAN KAEDAH ISTIWA’ A’DZAM (ISTIWA’ UTAMA).

Makkah: Matahari akan berada tegak di atas Kaabah esok 27 Mei 2020 untuk kali pertama pada tahun ini dan kali kedua pada 15 Julai 2020.

Penentuan arah kiblat yang tepat boleh diperolehi apabila berlaku peristiwa Istiwa’ A‘dzam iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah’. Istiwa’ A‘dzam adalah satu keadaan di mana matahari akan berada tepat di titik zenit Kaabah ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) bersamaan dengan nilai latitud tempatan.

Fenomena ini berlaku bagi negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa maksimum matahari sebanyak 23.5°. Berdasarkan keadaan ini, matahari akan mengalami Istiwa’ A‘dzam dengan Kaabah dua kali dalam setahun. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

Bagi tahun 2020 yang merupakan tahun lompat, peristiwa Istiwa’ A‘dzam akan berlaku pada 27 Mei 2020 ( jam 5:16 petang ) dan pada 15 Julai 2020 ( 5:28 petang). Ikutilah panduan berikut untuk menentukan arah kiblat dari tempat anda pada tarikh dan masa yang dinyatakan di atas:

– Pacakkan satu tiang di kawasan yang hendak di semak arah kiblatnya.

– Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Anda boleh menyemak ketegakannya dengan menggunakan sebarang pemberat yang diikat di hujung tiang berkenaan.

-Tempat yang anda pilih untuk tujuan ini hendaklah tidak terlindung dari sinaran matahari.

Tepat pada masanya pada 27 Mei 2020 jam 5.16 petang atau 15 Julai 2020 jam 5.28 petang, bayang yang ditunjukkan oleh tiang tegak berkenaan, adalah bersamaan dengan arah kiblat. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang tiang akan jatuh ke arah timur, maka arah kiblat ialah arah yang bertentangan.

Selain dari tiang yang anda pacakkan, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang-tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat ketika itu.

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 KALI BERTURUT-TURUT (KERANA DARURAT COVID 19)

HUKUM MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT 3 KALI BERTURUT-TURUT (KERANA DARURAT COVID 19)

 

  1. Apakah hukum meninggalkan solat Jum’at 3 kali berturut-turut ketika PKP sekarang ini?

 

Solat jumaat adalah perkara yang wajib bagi setiap Muslim mukallaf seperti yang diperintahkan dalam al-Quran,  Surah al-Jumaah,ayat 9.

 

‎يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

 

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

 

Namun dalam keadaan keuzuran atau darurat seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan penyebaran virus covid-19 pada masa ini, harus hukumnya untuk meninggalkan solat jumaat di masjid walaupun sehingga tiga kali. Namun ia perlu digantikan dengan solat zuhur di rumah.

 

Hal ini berdasarkan kaedah     الضرورات تبيح المحظورات  (keadaan yang sempit membolehkan perkara-pekara yang dilarang).

 

Dalam hal ini, Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra,  Rasulullah saw bersabda :

 

‎مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يَأْتِهِ فَلاَ صَلاَةَ لَهُ إِلاَّ مِنْ عُذْرٍ

قالوا : يا رسول الله ، وما العذر ؟ قال : خوف أو مرض .

(رواه أبو داود ) .

 

Maksudnya : Sesiapa yang mendengar seruan azan kemudian tidak mendatanginya (pergi ke masjid) maka tidak sempurna solatnya, melainkan disebabkan keuzuran. Mereka (para sahabat) bertanya ; “Wahai  Rasulullah, apakah keuzuran itu?” Baginda menjawab, “Ketakutan/kebimbangan atau penyakit”

 

Dalam keadaan wabak covid-19 yang sedang melanda negara pada hari ini perkumpulan seperti solat jumaat di masjid bakal membawa kemudaratan serius yang boleh membawa kepada kehilangan nyawa.

 

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus