Fri12152017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Himpunan Fatwa Keputusan Mesyuarat Fatwa Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara

Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara

Setelah meneliti setiap pandangan ahli muzakarah dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 06/2017-1438H yang bersidang pada 24 Ogos 2017 bersamaan 2 Zu al-Hijjah 1438H telah bersetuju memutuskan untuk berkenaan Status Kesucian Ikan Yang Dipelihara  dengan sighah seperti berikut:

  1. Jumhur menyatakan bahawa “al-Jalalah” bermaksud haiwan yang kebanyakan (majoriti) makanannya daripada najis. Al-Jalalah itu meliputi semua jenis haiwan sama ada unta, lembu, kambing, ayam, itik, ikan atau sebagainya daripada haiwan yang boleh dimakan.

  2. Binatang jalalah yang bebas dan memakan sesuatu yang najis adalah makruh untuk dimakan.

  3. Manakala binatang jalalah yang dibela atau dikurung serta sengaja diberi makan makanan yang najis adalah haram dimakan.

  4. Walaupun begitu, binatang jalalah tersebut harus dimakan apabila ia telah melalui tempoh kuarantin yang munasabah, iaitu sekurang-kurangnya tujuh (7) hari.


    Status Pewartaan : Tidak Diwartakan

 

 

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427