Fri12152017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Ilmu Falak Informasi Falaq Fenomena Gerhana Matahari Separa

Fenomena Gerhana Matahari Separa

GERHANA MATAHARI SEPARA DI MALAYSIA

9 Mac 2016 – Sebaik sahaja matahari terbit, rakyat Malaysia amnya dan Negeri Sembilan khasnya akan berpeluang melihat fenomena alam iaitu Gerhana Matahari Separa. Fenomena ini boleh dilihat di Negeri Sembilan bermula pada sentuhan pertama iaitu pada jam 7:24 pagi dan berakhir pada 9:31 pagi. Manakala itu, kemuncak Fenomena Gerhana Matahari Separa ini adalah pada jam 8:23 pagi. Maklumat seperti rajah 1 :

Rajah 1

Secara amnya, fenomena Gerhana Matahari Separa berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama Bulan melintas di antara Matahari dan Bumi menyebabkan Matahari tertutup sebahagian seperti yang terdapat dalam Rajah 2.

Rajah 2

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.

Rakyat Negeri Sembilan khususnya akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Separa bermula pada jam 7:24 pagi, apabila Bulan mula menyentuh cakera Matahari.  Keadaan ini dikenali sebagai “sentuhan pertama” iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa. Kebanyakan pemerhati sukar mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan Matahari terlalu terang. Gerhana hanya akan dapat dilihat apabila Bulan mulai menutupi Matahari secara perlahan membentuk sabit tua sehingga litupan maksimum tercapai pada jam kira-kira 8:23 pagi. Ketika sentuhan akhir pada jam 9:31 pagi, bayangan Bulan mula hilang secara perlahan.  Keadaan Gerhana Matahari Separa yang berlaku di Malaysia boleh dirujuk pada Jadual 1.  Rajah 3 menunjukkan fasa-fasa atau bentuk gerhana matahari : 

NO

LOKASI

PERMULAAN GERHANA

GERHANA MAKSIMUM

PENGHUJUNG GERHANA

LITUPAN

(%)

Waktu

Jam:Minit:Saat

Waktu

Jam:Minit:Saat

Altitud Matahari

Waktu

Jam:Minit:Saat

 

1

Alor Setar

07:30 (r)

08:25:08

13

09:30:22

68

2

Bintulu

07:27:22

08:33:23

28

09:49:16

81.8

3

Georgetown

07:30 (r)

08:24:35

13

09:30:08

70.7

4

Ipoh

07:27 (r)

08:24:24

14

09:30:47

73.7

5

Johor Bahru

07:23:09

08:23:46

17

09:32:44

85.7

6

Kangar

07:31 (r)

08:25:23

13

09:30:21

66.6

7

Kota Bahru

07:27:32

08:26:18

15

09:32:50

68.2

8

Kota Kinabalu

07:32:23

08:40:01

33

09:57:43

72.9

9

Kuala Lumpur

07:24:20

08:23:36

14

09:30:48

79.4

10

Kuala Terengganu

07:26:44

08:26:06

16

09:33:26

71.1

11

Kuantan

07:25:07

08:25:00

16

09:33:00

76.9

12

Kuching

07:24:40

08:29:01

24

09:42:49

86.9

13

Labuan

07:30:59

08:38:09

31

09:55:19

74.9

14

Lahad Datu

07:32:18

08:41:33

35

10:01:11

77.5

15

Melaka

07:23:35

08:23:22

15

09:31:13

82.9

16

Miri

07:28:21

08:34:28

29

09:50:27

79.1

17

Sandakan

07:33:11

08:42:09

35

10:01:25

74.7

18

Seremban

07:23:59

08:23:29

15

09:30:59

81

19

Sibu

07:25:55

08:30:59

26

09:45:40

84

20

Tawau

07:31:05

08:39:56

34

09:59:08

79.4

 Jadual 1

Saksikanlah siaran langsung Gerhana Matahari Separa mulai 7:24 pagi. hingga 9:31 pagi. pada 9 Mac 2016 di laman web www.angkasa.gov.my.


NOTA: 
Kaedah selamat melihat gerhana matahari:- 

  1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen 
  2. Menggunakan penapis aluminium mylar 
  3. Menggunakan filem over-exposed monokrom (hitam putih).
  4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari 
  5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan. 
  6. Menggunakan kamera lubang jarum 
  7. Menggunakan teleskop dengan penapis suria 
  8. Menggunakan kacamata gerhana
  9. Paling tidak, anda boleh memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Anda mungkin dapat menyaksikan suatu yang cukup menarik. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai/dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai/dinding tersebut. Anda mungkin temui sesuatu yang menarik. 



PERINGAT PENTING: 

  • Dilarang melihat terus ke arah matahari tanpa penuras yang sesuai kerana ia boleh menyebabkan mata rosak menjadi buta kekal. 
  • Kenampakan peristiwa gerhana matahari separa amat bergantung kepada keadaan cuaca pada hari tersebut 

 

sumber dari : 

  • http://www.angkasa.gov.my/?q=node/1314
  • http://falakonline.net/semesta/2016/02/fenomena-gerhana-matahari-separa-9-mac-2016-dari-malaysia/

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427