Fri12152017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Ilmu Falak Buku Baru: Pewarisan Tanah Adat; Kebenaran Pelaksanaannya Menurut Islam

Buku Baru: Pewarisan Tanah Adat; Kebenaran Pelaksanaannya Menurut Islam

 

 

KATA-KATA ALUAN

MUFTI KERAJAAN NEGERI

NEGERI SEMBILAN

 

 

 

al-Hamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafa`kan ke hadrat Allah SWT di atas nikmat limpah kurnia dan inayah-nya, maka dapatlah pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan menerbitkan buku bertajuk Pewarisan Tanah Adat: Kebenaran Pelaksanaannya Menurut Islam untuk rujukan dan bacaan umum masyarakat pelbagai peringkat.

 

Topik yang selalu menjadi perdebatan hangat dan selalu disalah fahamkan mengenai Adat Perpatih adalah mengenai pemberian harta pusaka kepada kaum perempuan. Pemberian pusaka yang dimaksudkan dalam adat ini ialah pemberian tanah adat. Inisiatif menerbitkan risalah ini diharap akan dapat memberi kefahaman yang jitu kepada masyarakat supaya salah faham atau kekeliruan berkaitan perwarisan tanah adat daripada aspek syarak dapat diperbetulkan.

 

Sistem pembahagian harta pusaka menurut Adat Perpatih adalah sistem yang teratur dan dapat diterima oleh masyarakat adat. Hal ini kerana di dalam adat, kaum perempuan mempunyai tanggungjawab yang lebih besar daripada kaum lelaki dan seharusnya mereka diberikan harta pusaka bagi memudahkan mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut.

 

Namun, harta pusaka adat di dalam Adat Perpatih bukanlah milik muktamad waris, bahkan ia milik suku mereka. Waris hanya sekadar menjaga dan menjadi pemegang amanah sahaja. Manakala harta pusaka bukan adat pula adalah milik muktamad waris dan ia tidak terikat dengan undang-undang adat di dalam menggunakannya. Oleh itu, seharusnya jelaslah kepada kita tentang cara pembahagian menurut Adat Perpatih ini. 

 

Namun begitu, amalannya perlu dipantau dan disusun atur dengan baik agar tidak wujud sebarang unsur kezaliman kepada mana-mana pihak mahupun kerugian kepada ummah secara umum terutama apabila tanah-tanah adat ini dibiar dan tidak diusahakan dengan baik hasil ketidakmuafakatan ahli-ahlinya. Peruntukan undang-undang yang ada seharusnya dipatuhi dan dilakukan penambahbaikan agar pelaksanaan tanah adat ini memberi manfaat dan kebaikan kepada semua pihak.

 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menerbitkan risalah ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat keredhaan Allah SWT.

 

Sekian.

 

 

 

Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan

 

 

 

 

 

 

 Harga: RM 16.00

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427