Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Ilmu Falak Gerhana Matahari Penuh

Gerhana Matahari Penuh

Pada sekitar lewat pagi dan tengahari, 21 Ogos 2017, seluruh negara Amerika Syarikat akan mengalami Gerhana Penuh Matahari, Ini merupakan kali pertama sejak 99 tahun, bayang-bayang bulan melintasi dari pantai timur ke pantai barat negara Amerika Syarikat, Disebabkan ini, ia dikenali dengan nama The Great American Eclipse.

Terdapat empat jenis gerhana matahari:

  • Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan menyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang lebih lembut dapat dilihat. Dalam mana-mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi.

 

  • Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap.

 

  • Gerhana hibrid ( juga disebut gerhana anulus-penuh ) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku.

 

  • Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi.
  •  

Gerhana bermula di satu lokasi dan berakhir di lokasi yang lain. Masa di bawah adalah masa sebenar ( dalam UTC ) apabila gerhana berlaku.

Event

UTC Time

Time in Kuala Lumpur*

Lokasi pertama untuk melihat gerhana separa bermula

21 Aug, 15:46:50

21 Aug, 23:46:50

Lokasi pertama untuk melihat gerhana penuh bermula

21 Aug, 16:48:34

22 Aug, 00:48:34

Gerhana Penuh Matahari

21 Aug, 18:25:35

22 Aug, 02:25:35

Lokasi terakhir untuk melihat hujung gerhana penuh

21 Aug, 20:02:33

22 Aug, 04:02:33

Lokasi terakhir untuk melihat hujung gerhana separa

21 Aug, 21:04:21

22 Aug, 05:04:21

 

* Waktu tempatan ditunjukkan bukanlah merujuk kepada bila gerhana matahari boleh diperhatikan dari Kuala Lumpur. Sebaliknya, waktu tersebut menunjukkan masa bila gerhana bermula, berada dalam keadaan maksimum, berakhir, di tempat lain di Bumi. Waktu tempatan hanya sesuai dan berguna jika anda ingin melihat gerhana melalui webcam / livestream secara langsung.

 

sumber : http://falakonline.net/

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427