Mon11192018

Last updateMon, 19 Nov 2018 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf PELANCARAN KITAB RISALAH AL-FAWA'ID KARYA SYAIKH MUHAMMAD SA'ID BIN JAMAL AL-DIN AL-LINGGI

PELANCARAN KITAB RISALAH AL-FAWA'ID KARYA SYAIKH MUHAMMAD SA'ID BIN JAMAL AL-DIN AL-LINGGI

 

SS Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan Kitab Risalah al-Fawa'id pada hari Jumaat, 19 Oktober 2018 yang lalu. Kitab ini adalah sebuah karya daripada Ulama' silam terulung kelahiran Negeri Sembilan, Syaikh Muhammad Sa'id bin Jamal al-Din al-Linggi. Semoga dengan pelancaran Kitab ini akan memantapkan lagi pengetahuan dan amalan pengamal-pengamal Tarekat Tasauwuf di Negeri Sembilan. Muslimin dan Muslimat boleh mendapatkan Kitab ini dengan harga RM14 senaskah.

 

 

 

Sedikit pengenalan KITAB RISALAH AL- FAWA'ID daripada para pentahqiq:

 

Sebenarnya kitab Risalah al-Fawa’id ini bukanlah penulisan Syaikh Muhammad Saʻid dalam erti kata yang sebenar. Sebaliknya ia adalah himpunan, ringkasan, terjemahan dan syarahan kepada karya asal Syaikh Ahmad bin Idris  yang berjudul Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadhiliyyah dan al-Ahzab al-‘Irfaniyyah wa al-Awrad al-Nuraniyyah. Karya Syaikh Muhammad Sa’id ini telah disalin oleh Sayyid ʻAlawiy bin ʻAydrus  al-ʻAydus untuk percetakan dan dinyatakan bahawa penyalinan kitab ini selesai pada niṣfu rabiʻ al-thani pada sanah 1323 Hijrah di Singapura.  Secara keseluruhannya, kitab yang mengandungi dua ratus halaman ini menumpukan perbahasan tentang ilmu tasawuf yang bercorak tarekat khususnya mengikut landasan Tarekat Ahmadiyyah.

 

Pada awal kitab ini, Shaykh Muhammad Saʻid telah memulakan karyanya dengan mengemukakan al-Ahzab al-‘Irfaniyyah wa al-Awrad al-Nuraniyyah dan seterusnya pada halaman kedua di bahagian tepi kitab (hamish) beliau menterjemah dua bab daripada kitab Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadhiliyyah iaitu bab pertama dan bab keenam. Bab pertama (disebut al-Qaʻidah al-’Ula) menerangkan tentang kepentingan silsilah tarekat dan guru-guru tarekat Sayyidi Ahmad bin Idris.  Kemudian beliau terus menterjemah bab enam tanpa menterjemah bab dua, tiga, empat dan lima. Ini dilakukan mungkin untuk meringkaskan atau untuk menerangkan perkara yang dianggap penting sahaja. Pada bab keenam (al-Qaʻidah al-Sadisah) pula, dinyatakan tentang ijtimaʻ suri antara Sayyidi Ahmad bin Idris  dengan Rasulullah s.a.w. Bab pertama ditulis pada halaman dua hingga tiga belas sementara bab enam ditulis pada halaman tiga belas hingga  sembilan belas.  Jadi kedua-dua bab mengandungi lapan belas halaman. 

 

Seterusnya Syaikh Muhammad Saʻid menulis sebuah risalah yang dinamakan Risalah al-Fawa’id pada halaman sembilan belas dengan turut menyebutkan  sumber dan tujuan penulisan risalah tersebut. Disebutkan bahawa risalah tersebut juga berasal daripada kitab Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyah fi Qawa’id al-Tariqah al-Shadhiliyyah karya Sayyidi Ahmad bin Idris. Tujuan beliau mengarang risalah tersebut adalah untuk menerangkan kelebihan segala wirid dan hizib yang terkandung di dalam kitab Kunuz al-Jawahir tersebut disamping menjelaskan kemuliaan pengarangnya. Kemudian beliau menyatakan bahawa risalahnya itu mempunyai beberapa faedah yang besar sebagai syarah atau huraian kepada sebahagian daripada isi kandungan kitab Kunuz al-Jawahir tersebut. Seterusnya beliau membahagikan Risalah al-Fawa’id kepada lapan fa’idah. 

 

Pada pengamatan pengkaji, kitab ini boleh dianggap sebagai karya utama Syaikh Muhammad Saʻid. Ini kerana ia sering menjadi rujukan utama kepada khalifah Tarekat Ahmadiyyah  selepasnya seperti Syaikh Ahmad bin Muhammad Saʻid yang menjadi khalifah ketiga Tarekat Ahmadiyyah di Negeri Sembilan. Syaikh Ahmad bin Muhammad Saʻid dalam banyak penulisannya sering merujuk kepada karya beliau ini. Bagi pengkaji, penyelidikan terhadap Tarekat Ahmadiyyah di Malaysia tidak akan lengkap tanpa merujuk dan mendalami kitab ini.

 

Pentahqiq Kitab :

 

Mohd Muhaizam Bin Md Ishak

Wan Amali Fakri Bin Wan Muhammad

Sharbini Bin Shaari

 

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427