Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Maklumat Tareqat Tasauwuf PENGENALAN TARIQAT AL MUHAMMADIAH AL SANUSIAH AL IDRISIAH

PENGENALAN TARIQAT AL MUHAMMADIAH AL SANUSIAH AL IDRISIAH

 

MUQADDIMAH

Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi merupakan pengasas Tariqat Al Muhammadiah al Sanusiah al Idrisiah. Tariqat ini masih kekal tulen dalam genggaman tangan keluarga Sanusi yang bersifat kejernihan dan keluruhan nenek moyang mereka. Tariqat ini merupakan sebuah madrasah tarbiah yang ada manhaj dan sistem yang lengkap. Kemudian, tariqat ini telah melahirkan ramai Ulama’, syuhada’dan mujahidin yang berjiwa sufi. Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi dan khalifah-khalifah tariqat ini telah mengorbankan seluruh jiwa dan raga memasuki segala ceruk kampung dan Bandar, bukit dan lembah, hutan dan denaiuntuk menyampaikan ajaran islam yang suci dan telah mengubah kehidupan ramai orang daripada kejahilan kepada berilmu. Beliau juga merupakan seorang muslih dan pemikir masalah umat dan mujadid pada zamannya. Tariqat ini bertujuan untuk melahirkan insan-insan berjiwa tulus dan taqarrub Tuhan. Beliau telah membawa tariqat ini melalui prinsip-prinsip islam yang sejahtera dan selamat dan menjaga ketulenan tariqat ini dengan mengambilnya daripada mereka yang bersambung rantaiannya hingga kepada Sayyidina Rasulullah SAW dan kemudiannya dibawa oleh khalifah-khalifah yang berketurunan dan bersifat mulia.

 

NAMA, PENISBAHAN DAN ASAS TARIQAT

Tariqat ini dinamakan sebagai Tariqat Al Muhammadiah al Sanusiah Al Idrisiah, Al Muhammadiah dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW kerana baginda adalah ikutan dan sumber utama Tariqat ini. Manakala Al Sanusiah pula ialah Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali Al Sanusi kerana beliau adalah pembawa dan penyampai kepada tariqat ini. Al Idrisiah pula ialah Al Imam Al Azam Sayyid Ahmad ibn Idris selaku tonggak dan sandaran utama tariqat ini. Asas tariqat ini ialah ikutan terhadap sunnah sama ada pada perkataan, perbuatan dan ahwal serta menyibukkan diri dengan selawat ke atas Nabi.

 

MANHAJ DAN KAEDAH TARIQAT

 

  • Manhaj Tarbiah

Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi telah menggalakkan agar manusia mempelajari ilmu, melazimi amalan ketaatan, amalan sunat, kebaikan dan berwaspada daripada buat perkara yang dilarang. Beliau turut melarang mendekati orang yang tiada pengalaman atau pengetahuan yang mendalam tentang apa yang diketahui oleh jaguh-jaguh ahli kaum (ahli sufi) iaitu :

  1. Golongan israqiyyah ialah membersihkan hati daripada kotoran-kotoran dan menghadapkan sepenuh penghadapannya kepada Allah bagi mencapai ma’rifah dan sir tanpa perlu belajar atau pun mengajar.
  2. Golongan burhaniyyah ialah mengikut segala perintah dan menjauhi segala larangan serta memetik ilmu-ilmu yang empat; ilmu mengenai zat Allah, sifat Allah, fiqh, hadith dan ilmu alat (ilmu memahami syariah)

 

Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad ibn Ali al Sanusi telah mengasaskan manhaj tarbiahnya di atas landasan Al Quran dan Sunnah. Kesimpulannya ialah mensahihkan aqidah, mempelajari ilmu fiqh dengan bersandarkan kepada dalil-dalil bukan dengan ikutan buta, Tazkiah al Nafs berlandaskan Al Quran dan Sunnah.

 

  • Kaedah

i.        Muhasabah

Hendaklah dia mengetahui dan meyakini bahawa Allah akan mengumpulkannya di padang Masyar dan mempersoalkannya tentang perkara tersebut. Hendaklah menyediakan jawapan bagi menjawab pertanyaan Allah sebelum melakukan sesuatu perkara. Menjauhkan diri daripada perkara yang tidak diredhai oleh Allah kerana akan mendatangkan kerugian dan padah.

 

ii.        Mendapatkan keredhaan Allah

Berpegang teguh dengan niat yang bersih dan benar-benar untuk mendapatkan keredhaan Allah.

 

iii.        Rahmat

Seseorang mestilah berkasih sayang terhadap semua kaum muslimin. Hak-hak islam perlu ditunaikan dengan memuliakan dan menghormati mereka.

 

iv.        Kemulian akhlak

Seseorang muslim perlu bersikap lemah lembut terhadap ahli keluarga,para pekerja dan umat islam.

 

 

 

SANAD-SANAD TARIQAT

 

KEPENTINGAN TERHADAP SANAD

Merupakan perkara penting dan dititikberatkan oleh para masyaikhnya. Al Imam Al Akhbar Sayyid Muhammad bin Ali Al Sanusi berusaha menghimpunkan ke dalam kitabnya tanpa sedikit pun mengabaikan segala sanad dan ijazah yang diperoleh. Antara kitabnya ialah :

  • Al Salsabil al Main fi al Taraiq al Arba’in
  • Al Manhal al Rawi al Raiq fi Asanid al Ulum wa Usul al Taraiq
  • Al Syumus al Syariqah fi Asma’ Masyaikh al Magharibah wa al Masyariqah

 

Antara pesanan tariqat ini ialah menghidupkan kembali sistem bersanad yang merupakan keistimewaan Nabi Muhammad SAW dan rantaian golongan khalaf dengan salaf.

 

KEISTIMEWAAN SANAD

Isnad amat penting untuk memastikan kesahihan sesuatu ilmu. Ilmu agama perlu dipelajari melalui orang arif yang dipercayai. Seseorang yang belajar tanpa berguru tidak berani menyenaraikan nama gurunya dan menyebut senandnya kerana tidak mempunyai sanad dalam pengambilan sesuatu ilmu. Ini merupakan disiplin ilmu islam yang telah disepakati olrh Ulama’ yang mengupas tentang kepentingan sanad.

 

 

 

A.   Sanad-sanad ilmu

1)   Sanad Al Quran Al Azim

2)   Sahih Al bukhari

3)   Sahih Muslim

4)   Sunan Abi Daud

5)   Sunan Jami’ Al Tirmizi

6)   Sunan Al Nasa’i

7)   Sunan Al Hafiz ibni Majah

8)   Muwatta’ Malik

9)   Musnad Abi Hanifah

10)          Musnad Al Imam Al Syafie’

11)          Musnad Al Imam Ahmad Ibn Hanbal

 

B.   Sanad aurad dan salawat

1)   Aurad Al Qutb Al Nafis Sayyid Ahmad Ibn Idris

  • Tahlil khusus
  • Istighfar al Kabir
  • Salawat al Azimiah

2)   Salawat Al Fatihiyyah

3)   Salawat Al Ummiyah

4)   Doa Al Saifi Sayyiduna Ali Karramullahu Wajhah

 

C.   Sanad-sanad tariqat

  • Tariqat al Muhammadiah
  • Tariqat al Uwaisiah
  • Tariqat al Qadariah
  • Tariqat al Syazuliah
  • Tariqat al Naqsyabandiah

 

D.  Sanad Talqin zikir dan pemakaian Khirqah

  • Rahsia Talqin

Menyambung dan menghubungkan hati dan roh di antara ahli silsilah hingga kepada Rasulullah dan Allah

 

  • Sandaran amalan Talqin

Hadith yang diriwayatkan oleh al Tabrani dan al Bazzar serta lain-lainnya bahawa Nabi pernah mentalqinkan sahabat-sahabat secara berjemaah atau berseorangan.

 

  • Dalil pemakaian khirqah

Rasulullah pernah memakaikan Sayyiduna Ali serban dan melepaskan ekornya sebagaimana yang diriwayatkan oleh al Tabrani di dalam Mu’jam al Kabir dengan sanad hadith bertaraf Hassan.

 

AMALAN

1)   Asas Tariqat

  1. Wazifah siang
  2. Wazifah malam

2)   Asas aurad

  1. Pembuka aurad
  2. Tahlil khusus
  3. Salawat azimiyyah
  4. Istighfar kabir
  5. Kafarah majlis

3)   Aurad yang tiga

  1. Wirid kecil
  2. Wirid pertengahan
  3. Wirid besar

4)   Kanz al sa’adah

5)   Zikir al Latif

6)   Penerangan tentang wirid terpenting

  1. Baca setengah juzuk selepas solat subuh
  2. Surah al ikhlas 3 kali
  3. Kaffarah majlis 3 kali
  4. Baca nama Allah al Latif 129 kali
  5. Doa zikir Latif
  6. Baca setengah juzuk lagi selepas solat magrib
  7. Baca Hizb al Saifi, al Mughni dan Doa penutup pada waktu afdhal iaitu sahur.
  8. Aurad yang tiga baca pada waktu lapang

7)   Amalan solat

  • Solat fardhu lima waktu (17 rakaat)
  • Solat sunat subuh (2 rakaat)
  • Solat sunat dhuha (4 rakaat)
  • Solat sunat sebelum zuhur (4 rakaat)
  • Solat sunat selepas zuhur ( 2 rakaat)
  • Solat sunat asar (4 rakaat)
  • Solat sunat selepas maghrib (2 rakaat)
  • Solat sunat selepas isyak (2 rakaat)
  • Solat sunat tahajjud (10 rakaat)
  • Solat sunat witir (3 rakaat)

Kesemua jumlah ialah 50 rakaat

 

 

PENUTUP

Tariqat Al Muhammadiah Al Sanusiah Al Idrisiah memaparkan pengenalan tariqat secara menyeluruh. Jadi, betapa ruginya kita apabila mengabaikan kewujudan dan peranan tariqat ini yang dapat memberikan jawapan bagi segala kesengsaraan dan musibah yang berlaku ke atas umat islam hari ini.

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427