Fri12152017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Tareqat Tasauwuf berdaftar TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH

TAREKAT YANG TELAH DILULUSKAN PENDAFTARANNYA DI BAWAH ENAKMEN TERAKAT TASAWUF (NEGERI SEMBILAN) 2005- TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH

 

 

 

1.      Nama Tarekat: TAREKAT QODIRIYYAH NAQSYABANDIAH. Butiran maklumat berhubung terekat tersebut adalah seperti berikut:

                       i           Orang yg dipertanggungjawab oleh Syeikh: Shaifudin bin Maulup

                     ii            No. Kad Pengenalan: 750104-05-5333

                    iii            Kelayakan: BA, Qiraat al-Quran, Maahad al-Azhar Shuobra

                   iv             Alamat: Pusat Pendidikan al-Irshad, Batu 10 Labu, 71900 Labu

                     v            No. tel: 013-3991359

                   vi            Pusat Pengamalan: 1) Surau Nurulhidayah Kg. Kondok Batu 14, 71800 Nilai

                                            (Hj. Sahar bin  Abdul Karim)

                  vii            2) Surau al-Irshad, Batu 10 Labu, 71900 Labu

                viii            Diterima permohonan pendaftarannya dengan beberapa syarat.


PERMOHONAN PENDAFTARAN TAREKAT QADIRIYYAH 


NAQSYABANDIYYAH

 

 1.0    TUJUAN

 

1.1    Kertas syor ini dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan untuk mendapatkan keputusan berhubung dengan permohonan pendaftaran Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah untuk diamalkan di Negeri Sembilan Darul Khusus di bawah peruntukan seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005

 

2.0    LATARBELAKANG

 

2.1           Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh(sebagai wakil talqin) Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah telah memohon untuk mendaftarkan tarekat ini bagi diamalkan di Negeri Sembilan berdasarkan kehendak seksyen 9, Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 pada 12hb Jun 2007.

 

2.2           Permohonan tarekat ini telah dipanjangkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang bersidang pada 30hb Jun 2009 dan persidangan tersebut memutuskan agar perkara ini dipanjangkan kepada Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah Negeri Sembilan untuk kajian dan syor.

 

2.3           Sehubungan dengan keputusan berkenaan, pada 16hb – 18hb April 2010, satu persidangan Anggota Jilsah          al-Turuq al-Sufiyyah bil 2/1431 telah diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan bertempat di Selesa Beach Resort,  Port Dickson, Negeri Sembilan.

 

2.4           Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang terlibat dalam soal selidik ialah:

 

                                                                      i            S.S  Dato’ Hj. Mohd. Yusof bin Hj. Ahmad

                                                                                   Mufti Kerajaan Negeri   -   Selaku Pengerusi

                                                                     ii            Dato’ Hj. Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad

                                                                  iii            Y.Bhg. Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady

                                                                  iv            Y.Bhg. Dr. Hj Jahit bin Hj Sidek

                                                                    v            Y.Bhg. Dr. Sulaiman bin Ibrahim

  

3.0    HASIL SOAL SELIDIK & REPRESENTASI TAREKAT QAِِDIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH

 

3.1           Ahli Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang hadir,

 

3.1.1 Tuan Saifudin bin Maulup      (orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh)

3.1.2 Tuan Hj. Zulkifli

3.1.3 Tuan Hj. Mohd Zuki Assujak bin Syafie

3.1.4 Tuan Hj. Husin

3.1.5 En. Mohd Zakri bin Hj. Hashim

3.1.6 Lt. (B) Yon bin Talib

3.1.7 En. M.Nurkhidaris bin Adrus

         

3.2    Orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh telah memberikan penerangan ringkas berhubung latarbelakang perkumpulan tarekat yang dipimpinnya.

 

3.3    Anggota Jilsah telah mengemukakan beberapa persoalan berkaitan tarekat berkenaan dan berpuas hati dengan jawapan yang telah dikemukakan.

 

4.0    ASAS PERTIMBANGAN

 

4.1    Orang Yang Dipertanggungjawabkan Oleh Syeikh

         

                    4.1.1 Pelantikan

 

4.1.1.1       Kaedah pelantikan Tuan Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh Syeikh Hj. Ahmad Sahibul Wafa Tajul Ariffin (Abah Anom) adalah bersesuaian dengan kaedah sufiyyah kecuali beliau masih belum mengemukakan syahadah bertulis daripada Syeikh yang melantik beliau.

                  

4.1.2 Pendidikan

 

4.1.2.1       Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan agama Islam di peringkat Ijazah Sarjana Muda Qiraat al-Quran, daripada Maahad al-Azhar Shuobra, Mesir.

           

4.1.3 Pengalaman

 

4.1.3.1                   Mula dilantik mewakili syeikh dan telah menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh semenjak tahun 2004.

 

4.1.3.2                   Sentiasa mendapat bimbingan yang berterusan daripada Syeikh yang melantik dan wakil talqin yang lain yang berada di Malaysia antaranya seperti berikut :

 

i)                   Hj. Mohd Zuki as-Sujak Bin Syafie

ii)                 Mansur Bin Salleh

 

                    4.1.4 Silsilah

 

4.1.4.1       Mempunyai rantaian silsilah tarekat tasawuf yang diperakui mengikut disiplin ilmu tarekat tasawuf.

 

 

 

                    4.1.5 Amalan Dan Bentuk Amalan

 

4.1.5.1       Kitab Uquudul Jumaan yang menjadi sumber rujukan utama bagi amalan zikir bagi tarekat ini adalah tidak bersalahan dengan disiplin ilmu tarekat dan tasawuf yang muktabar dan yang telah diperakui oleh ulama.  

 

4.1.5.2       Perkumpulan tarekat ini juga mempunyai kaedah amalan zikir harian seperti yang berikut:

 

i)                   Zikir Jahar

ii)                 Zikir Khafi

 

4.1.5.3       Zikir yang dikemukakan dalam borang permohonan  pendaftaran tarekat tasawuf yang diterima tidak bercanggah dengan ajaran Islam kecuali terdapat transliterasi dalam tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir. Ini adalah bertentangan dengan keputusan Fatwa Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan kaedah sebegini.

 

 

 

                    4.1.6 Pusat Pengamalan

 

4.1.6.1       Pusat pengamalan tarekat ini yang dipohon pendaftarannya di Negeri Sembilan ialah:

                                                                                                                      i                        Surau Nurul Hidayah Kg. Kondok Batu 14, 71800 Nilai

                                                                                                                    ii                        Surau al-Irshadiah Batu 10, 71900 Labu

 

                  

          4.2    Buku/Risalah

                  

4.2.1 Buku-buku yang disertakan bersama borang TT1 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 adalah tidak bertentangan dengan hukum syarak kecuali terdapattransliterasi tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir, beberapa terjemahan maksud hadith yang kurang tepat, dan gaya bahasa yang tidak kemas dan tersusun mengikut metodologi penulisan secara ilmiah (Buku asal karya Syeikh berbahasa Arab dengan terjemahan oleh Prof. Dr. Aboe Bakar Atjeh).

 

5.0    KEPUTUSAN PERSIDANGAN ANGGOTA JILSAH AL-TURUQ AL-SUFIYYAH NEGERI SEMBILAN BIL 2/1431

 

5.1    Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah yang memohon untuk didaftarkan ini adalah satu tarekat tasawuf yang benar kerana telah memenuhi syarat-syarat sebuah tarekat.

 

6.0    SYOR

 

Berdasarkan permohonan pendaftaran Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah seksyen 9 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005, anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah yang bersidang pada 16hb-18hb April 2010 mengesyorkan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri agar:

 

6.1           Mengiktiraf Tuan Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan beliau dikehendaki mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh dan menyerahkannya kepada Pendaftar Tarekat Tawasuf.

 

6.2           Mengiktiraf silsilah Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah pimpinan Tuan Saifudin bin Maulup adalah diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

6.3           Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

6.4           Meluluskan permohanan pendaftaran tarekat ini sebagai tarekat yang sah di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan undang-undang di bawah sub-seksyen 10 (2), Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 sekiranya telah mematuhi syarat yang berkenaan:

 

i.                    Mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh.

ii.                  Memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan.

 

6.3    Mengizinkan Pendaftar mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran sekiranya berpuas hati apabila pemohon telah memenuhi syarat-syarat di atas seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

6.5           Mengarahkan Pendaftar untuk melaksanakan kewajipan yang perlu bagi mendaftarkan tarekat ini.

 

  

Disediakan oleh,

 

Syaiful Nizam bin Md Jan

Pendaftar

Tarekat Tasawuf

Negeri Sembilan Darul Khusus

18hb April 2010

 

 

 

 

Diperakukan oleh,

 

 

 

Dato’ Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

Mufti Kerajaan Negeri

Merangkap

Pengerusi Anggota Jilsah al-Turuq al-Sufiyyah

18hb April 2010

 

KEPUTUSAN

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa (Khas) Bil 2/1431

Pada 14hb Julai 2010

 

Saya bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Darul Khusus, dengan ini membuat dan mengeluarkan keputusan seperti berikut:

 

1.     Mengiktiraf En. Saifudin bin Maulup sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh seperti kehendak subseksyen 8(1) Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005 dan tuan dikehendaki mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh dan menyerahkannya kepada Pendaftar Tarekat Tawasuf.

 

2.     Mengiktiraf silsilah Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah di bawah pimpinan En. Saifudin bin Maulup dan diperakukan benar sebagaimana perenggan 8(2)(e) Enakmen Tarekat Tasawwuf Negeri Sembilan

 

3.     Amalan yang diamalkan oleh Tarekat Qadiriyyah Naqsyabandiyyah seperti yang dinyatakan di dalam borang TT1 jadual kedua Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005  diperakukan benar.

 

4.     Sehubungan dengan itu, tuan diminta mematuhi syarat yang berkenaan:

 

i.              Mengemukakan syahadah pelantikan bertulis sebagai orang yang dipertanggungjawabkan oleh syeikh.

ii.            Memperbaiki penulisan dokumen dan kitab-kitab rujukan seperti tidak membuat transliterasi dalam tulisan rumi bagi ayat-ayat al-Quran dan lafaz-lafaz zikir kerana ia bertentangan dengan keputusan Fatwa Kebangsaan.



5.     Apabila pihak tuan telah memenuhi syarat-syarat di atas, Pendaftar akan mengeluarkan satu Perakuan Pendaftaran seperti kehendak seksyen 12 Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005.

 

 

 

 

 

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri,

Negeri Sembilan Darul Khusus

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427