Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Himpunan Doa dan Zikir Adab-Adab Zikir

Adab-Adab Zikir

 

( آداب الذكر)[i]

 

وقد عد الأشياخ للذكر ألف أدب ثم قالوا: ويجمع هذه الآداب كلها عشرون أدبا من لم يتحقق بها فبعيد عليه الفتح، خمسة منها سابقة على الذكر، واثنا عشر حال الذكر، وثلاثة بعد الفراغ من الذكر.

 

Para Syeikh telah menghitung terdapat seribu adab (zikir) kemudian mereka berkata: Diringkaskan (disepakati) adab-adab ini kepada 20 adab sekiranya tidak dilaksanakan (oleh seorang murid) sukar untuk memperolehi pembukaan. 5 daripadanya sebelum berzikir, 12 daripadanya ketika berzikir dan 3 daripadanya selepas selesai berzikir.

 

فأما الخمسة التى هي سابقة على الذكر:

 

فأولها التوبة النصوح، وهي أن يتوب من كل ما لا يعنيه من  قول وفعل وارادة، وكان ذو النون المصري يقول: من ادعى التوبة وهو يميل إلى الشهوة من شهوات الدنيا فهو كاذب.

 

وثانيها الغسل أو الوضوء كلما أراد الذكر، وتعطر ثيابه وفمه بالبخور والماورد.

 

ثالثها السكوت والسكون ليحصل له الصدق فى الذكر، وذلك أن يشغل قلبه بالله: الله الله،  بالفكر دون اللفظ، حتى لا يبقى خاطر مع الله الله، ثم يوافق اللسان القلب بقول: لا اله إلا الله، يفعل ذلك كلما أراد الذكر.

 

رابعها أن يستمد عند شروعه فى الذكر بهمّة شيخه، بأن يشخصه بين عينيه ويستمد من همته، ليكون رفيقه فى السير.

 

خامسها أن يري استمداده من شيخه هو استمداده حقيقة من رسول الله صلى الله عليه وسلم لأنه واسط بينه وبينه.

 

Adapun 5 adab sebelum berzikir ialah:

 

  1. Taubat Nasuha iaitu bertaubat daripada perkara yang tidak diperlukan sama ada perkataan, perbuatan dan keinginan. Zu al-Nun al-Misriy berkata: Sesiapa mendakwa dia telah bertaubat sedangkan dia cenderong kepada syahwat dunia maka dia sebenarnya pembohong.
  2. Mandi atau berwudhu’ setiap kali hendak berzikir, memakai wangian pada pakaian dan mulut dengan wangi-wangian dan air mawar
  3. Diam dan duduk tetap untuk mendapatkan rasa Sidq ketika berzikir, iaitu dengan menyibukkan hatinya dengan Allah: (lafaz) Allah Allah iaitu dalam fikiran tanpa lafaz, sehingga tiada lintasan hati dengan (lafaz) Allah Allah, kemudian seiringkan lisan dengan hati dengan berkata (لا اله إلا الله), hendaklah melakukan sedemikan ketika hendak berzikir.
  4. Seseorang itu hendaklah melakukan istimdad dengan hemah syeikhnya iaitu dengan membayangkannya di antara kedua-dua belah matanya (pada khayalannya) dan beristimdad dari hemah syeikhnya itu supaya dia menjadi rakannya di dalam perjalanan  rohaninya.
  5. Dia juga hendaklah beranggapan bahawa istimdad dari syeikh itu, pada hakikatnya adalah  merupakan istimdad dari Rasulullah s.a.w kerana syeikh itu adalah sebagai perantaraan di antaranya dengan Rasulullah s.a.w

 

والاثني عشر التى تكون حال الذكر:

 

فالأول الجلوس على مكان طاهر كجلوسه فى الصلاة فى التشهد الأول.

 

الثاني أن يضع راحتيه على فخذيه، واستحبوا جلوسه للقبلة إن كان بذكر وحده، وإن كانوا جماعة تحلقوا.

 

الثالث تطييب المجلس الذكر بالرائحة الطيبة.

 

الرابع أن يكون ملبسه حلالا.

 

الخامس اختياره الموضع المظلم من خلوة أو سرداب.

 

السادس تغميض العينين، ذلك أن الذاكر إذا غمض عينينه تسد عليه طرق الحواس الظاهرة شيئا فشيئا، وسدها يكون سببا لفتح حواس القلب.

 

السابع أن يخيال شخص شيخه بين عينيه ما دام ذاكرا، وهذا عندهم من آكد الآداب، لأن المريد يترقى منه إلى الأدب مع الله والمراقبة له.

 

الثامن الصدق فى الذكر بأن يستوى عنده السر والعلانية فيه.

 

التاسع الإخلاص وتصفية العمل من كل شوب، وبالصدق والإخلاص يصل العبد إلى مقام الصديقية.

 

العاشر أن يختار من صيغ الذكر لفظة لا اله إلا الله فإن لها أثرا عظيما عند القوم لا يوجد فى غيرها من سائر الأذكار، فإن فنيت شهواته وأهويته كلها فحينئذ يصلح أن يذكر الله تعالى بلفظ الجلالة فقط من غير نفى، وما دام يشهد شيئا من الأكوان فذكر الله بالنفى والإثبات واجب عليه فى الإصطلاحهم.

 

الحادى عشر احضار معنى الذكر بقلبه على اختلاف درجات المشاهدة فى الذاكرين، بشرط أن يعرض على شيخه كل شيء يرقى إليه من الأذواق ليعلمه طريق الآداب فيه.

 

الثانى عشر تفرغ القلوب عن كل موجود حال الذكر سوى الله  بقول: لآ إله، فإن الحق تعالى غيور لا يحب أن يرى فى قلب الذاكر غيره إلا بإذنه، ولولا أن للشيخ مدخلا عظيما فى تأديب المريد ما ساغ للمريد أن يخيل شخصه بين عينيه لا فى قلبه، وإنما شرطوا نفى كل موجود من الكون من القلب ليتمكن له تأثيرا قول: لا اله إلا الله: بالقلب، ثم يسرى ذلك المعنى إلى سائر الجسد.

 

12 adab ketika berzikir:

 

  1. Duduk pada tempat yang bersih seperti duduk tahiyyat awal dalam solat.
  2. Meletakkan kedua tangannya di atas peha, menghadap kiblat sekiranya berzikir seorang diri, dan dalam bentuk halaqah sekiranya berzikir secara jemaah.
  3. Meletak bau-bauan yang wangi.
  4. Memakai pakaian yang halal.
  5. Memilih tempat gelap seperti bilik berkhulwah atau tempat tersembunyi.
  6. Menutup kedua-dua mata, ini kerana orang yang bezikir jika menutup matanya dia akan menutup pancainderanya yang zahir dan ini akan membuka pancaindera hatinya.
  7. Mengkhayalkan diri gurunya seolah-olah dia berada di hadapan matanya ketika berzikir, hal ini bertujuan untuk mengukuhkan adab bagi seorang murid, ini kerana seorang murid beroleh peningkatan rohani dengan adab yang diajarinya untuk rasa sentiasa bersama Allah dan guru adalah teman dalam perjalanannya.
  8. Yakin ketika berzikir sama ada secara perlahan atau nyata.
  9. Ikhlas dan membersihkan amalan daripada segala percampuran (lelaki perempuan), dengan niat yang siddiq dan ikhlas yang akan menyampaikan seseorang murid kepada maqam siddiqiyyah.
  10. Memilih sighah zikir dengan lafaz (لا اله إلا الله), ini kerana ianya memberikan kesan yang besar kepada pengamal di mana kelebihannya tidak terdapat pada zikir-zikir yang lain. Sekiranya telah fana (binasa) syahwat dan hawanya (terhadap dunia) maka pada ketika itu bolehlah dia berzikir dengan lafaz (الله) pula iaitu tanpa ’nafi’. Selama-mana dia terkesan dengan dunia maka seseorang murid itu wajib secara istilah, berzikir kepada Allah dengan nafi dan ithbat
  11. Mendatangkan makna zikir dalam hati, berbeza-beza mengikut darjat maqam musyahadat orang yang berzikir dan disyaratkan hendaklah dia memberitahu kepada gurunya setiap perkara peningkatan zouq supaya gurunya mengajarnya cara-cara adab dalam hal tersebut.
  12. Mengosongkan hati daripada semua makhluk kecuali Allah ketika menyebut perkataan (لا اله), ini kerana hak Allah tidak suka melihat dalam hati orang yang berzikir selain daripadaNya kecuali dengan keizinanNya. Sekalipun guru merupakan faktor utama dalam mendidik murid, apa yang diharuskan adalah mengkhayalkan diri gurunya seolah-olah dia berada di hadapan matanya sahaja dan bukan diletak di dalam hatinya. Sesungguhnya mereka disyaratkan menafikan semua makhluk dalam hati mereka, ianya adalah supaya mereka beroleh kesan ketika menyebut (لا اله إلا الله) di hati mereka. Kemudian mengalir makna lafaz tersebut ke seluruh jasad
 

وأما التى بعد الفراغ من الذكر:

 

فأولها أن يسكت بعد سكون ويخشع ويحضر مع قلبه مترقبا لوارد الذكر فلعله يرد عليه وارد فيعمر وجوده فى تلك اللحظة، أكثر مما تعمره المجاهدة والرياضة مدة ثلاثين سنة، فربما ورد وارد الزهد فيصير زاهدا، أو وارد تحمل الأذى من الخلق فيصير صابرا، أو وارد الخوف من الله فيصير خائفا، وهكذا.

 

والثانى ان يذم نفسه مرارا بقدر ثلاثة أنفاس إلى سبعة أنفاس وأكثر، حتى يدور الوارد فى جميع عوالمه فتنور بصيرته، وتقطع عنه خواطر النفس والشيطان، وتكشف عنه الحجب، وهذا كالمجمع وجوبه عندهم.

 

الثالث منع شربه الماء البارد عقيب الذكر فإن الذكر يورث حرقة وهيجانا وشوقا إلى المذكور الذى هو المطلوب الأعظم من الذكر، وشرب الماء يطفى تلك الحرارة فليحرص الذاكر على هذه الثلاثة آداب، فإن نتيجة الذكر إنما تظهر بها والله أعلم.

 

Ada pun (adab) selepas selesai berzikir:

  1. Berdiam diri selepas duduk tetap, penuh kekhusyukan dan dia bersama dengan hatinya menanti hasil yang datang daripada zikir dengan harapan mendapat warid. Maka berusaha mendapatkannya walaupun seketika, ianya adalah lebih baik daripada mereka yang melakukan mujahadah dan riadhah selama 30 tahun. Sepertimana orang yang mendapat zuhuh  jadilah dia zahid, atau orang yang menanggung kesusahan daripada makhluk lain menjadikan dia penyabar, atau orang yang menerima perasaan takut kepada Allah dipanggil Kha’if.
  2. Berulang-ulang mengkeji nafsunya dengan kadar 3 kali nafas hingga ke tujuh kali atau lebih sehingga mengalir warid zikir tadi ke seluruh anggota badan dan maka dengan itu bercahaya mata hatinya, terhapus lintasan nafsu dan syaitan, tersingkap hijab. Beginilah seperti yang disepakati oleh mereka untuk dilakukannya.
  3. Ditegah minum air sejuk selepas selesai berzikir. Sesungguhnya selepas berzikir menghasilkan kepanasan, didihan dan kenikmatan kepada yang dizikirkan (Allah), kerana Dia adalah tujuan utama kita berzikir. Dengan meminum air akan memadamkan kepanasan tersebut, maka orang yang berzikir hendaklah loba dalam menjaga 3 adab berzikir ini. Sesungguhnya natijah berzikir akan terzahir dengannya. Wallahu ’Alam.

 



[i] Dipetik daripada Kitab al-Anwar al-Qudsiyyah fi Ma’rifah Qawa’id al-Sufiyyah, al-Imam al-‘Alamah Abdul Wahhab al-Sya’raniy, Maktabah al-Ma’arif, Beirut, 2003, hlmn 28.

 

Disebut juga di dalam kitab al-Mafakhir al-‘Aliyyah fi al-Maathir al-Syazuliyyah, Sidi Ibn ‘Iyyad, hlmn 130.

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427