Wed08232017

Last updateMon, 21 Aug 2017 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Doa Tamatnya Darurat 1960

Doa Tamatnya Darurat 1960

 

Perdana Menteri, YTM Tunku Abdul Rahman Putra di majlis menandatangani Surat Pengisytiharan Penamatan Darurat di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1960

(Arkib Negara)

 

 

Doa ini dikeluarkan oleh mufti pertama Negeri Sembilan, al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said al-Linggi, untuk dibaca oleh para imam di Negeri Sembilan pada 31 Julai 1960 sempena tamatnya darurat di Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Ogos 1960.

 

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

 

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ، اَللَّهُمَّ إِنَّا قَدْ شَكَرْنَاكَ عَلَى مَا مَنَنْتَ بِهِ عَلَى بِلاَدِنَا مِنَ الحُرِّيَّةِ وَالاِسْتِقْلاَلِ، فَنَشْكُرُكَ اللَّهُمَّ عَلَى مَا مَنَنْتَ بِهِ عَلَيْهَا اليَوْمَ مِنَ الأَمْنِ وَالسَّلاَمَةِ مِنْ كُلِّ بَلاَءٍ وَوَبَالٍ، اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ دَوَامَ ذَلِكَ وَاِتْمَامَهُ عَلَيْنَا بِفَضْلِكَ وَرَحْمَتِكَ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ كُلِّ شَرٍّ وَصُدُودٍ وَعُسْرٍ وَخَوفٍ وَهَلَكَةٍ وَمِنْ غَضَبِكَ وَنِقْمَتِكَ، اَللَّهُمَّ ارْحَمْنَا فَإِنَّكَ بِنَا رَاحِمٌ وَلاَ تُعَذِّبْنَا فَإِنَّكَ عَلَيْنَا قَادِرٌ اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ أَمْنًا وَإِيمَانًا، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِنَا وآمِنْ رَوْعَاتِنَا وَأَقِلْ عَثَرَاتِنَا وَاحْفَطْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِينَا وَمِنْ خَلْفِنَا وَعَنْ أَيْمَانِنَا وَعَنْ شَمَائِلِنَا، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ اَنْ نُغْتَالَ مِنْ تَحْتِنَا، وَاجْعَلْنَا مِنَ الشَّاكِرِينَ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

 

 

 

 

Yang bermaksud, Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda.

 

Wahai tuhan kami, kami bersyukur atas anugerah Mu, negara kami kami bebas dan merdeka. Kami juga bersyukur atas kurniaan Mu, pada hari ini, kami mengecapi keamanan dan kesejahteraan daripada bala’ dan kecelakaan.

 

Wahai tuhan kami, kami memohon agar nikmat ini berterusan dan sempurna dengan limpah dan kurnia Mu. Kami berlindung dengan Mu daripada semua keburukan, halangan, kesusahan, kebimbangan, kemusnahan, kemurkaan dan kebencian Mu. Wahai tuhan kami, rahmatilah kami, sesungguhnya Engkau pemberi rahmat dan janganlah kami diazab walaupun Engkau berkuasa melakukannya ke atas kami.

 

Wahai tuhan kami, kami memohon keamanan dan keimanan, tutupilah segala aib kami, sejahterakanlah kami daripada kebimbangan, ampunilah segala kesalahan kami, peliharalah daripada hadapan, belakang, kanan dan kiri kami. Kami berlindung dengan Mu daripada pakatan membunuh kami tanpa kami sedari dan jadikanlah kami orang-orang yang bersyukur.

 

Selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat Baginda dan segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam.

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427