Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf Beramal Dengan Fadail A‘mal

Beramal Dengan Fadail A‘mal

 

(Petikan Kitab al-Azkar, al-Nawawi)[1]

 

 

فصل‏:‏ اعلم أنه ينبغي لمن بلغه شيء في فضائل الأعمال أن يعمل به ولو مرّة واحدة ليكون من أهله، ولا ينبغي أن يتركه مطلقاً بل يأتي بما تيسر منه، لقول النبي صلى اللّه عليه وسلم في الحديث المتفق على صحته‏:‏

‏"‏إذَا أَمَرْتُكُمْ بَشَيءٍ فأْتُوا مِنْهُ ما اسْتَطعْتُمْ‏"‏ ‏

 

فصل‏:‏ قال العلماءُ من المحدّثين والفقهاء وغيرهم‏:‏ يجوز ويُستحبّ العمل في الفضائل والترغيب والترهيب بالحديث الضعيف ما لم يكن موضوعاً‏، وأما الأحكام: كالحلال والحرام والبيع والنكاح والطلاق، وغير ذلك فلا يُعمل فيها إلا بالحديث الصحيح أو الحسن إلا أن يكون في احتياطٍ في شيء من ذلك، كما إذا وردَ حديثٌ ضعيفٌ بكراهة بعض البيوع أو الأنكحة، فإن المستحبَّ أن يتنزّه عنه ولكن لا يجب‏،‏ وإنما ذكرتُ هذا الفصل لأنه يجيءُ في هذا الكتاب أحاديثُ أنصُّ على صحتها أو حسنها أو ضعفها، أو أسكتُ عنها لذهول عن ذلك، أو غيره، فأردتُ أن تتقرّر هذه القاعدة عند مُطالِع هذا الكتاب‏.‏

 

Fasal: Ketahuilah olehmu, sayugia bagi mereka yang telah sampai kepadanya tentang fadail a‘mal, beramallah dengannya walaupun sekali seumur hidup. Ini supaya dia tergolong dalam orang yang melaksanakannya. Tidak sepatutnya dia meninggalkannya secara mutlaq bahkan dilaksanakan sekadar mampu sebagaimana sabda Rasulullah saw yang disepakati kesahihannya,

 

إذَا أَمَرْتُكُمْ بَشَيءٍ فأْتُوا مِنْهُ ما اسْتَطعْتُمْ‏

Yang bermaksud: Sekiranya aku perintahkan kepada kamu sesuatu perkara maka laksanakanlah ia mengikut kemampuan kamu.[2]

 

Fasal: Ulamak hadith, fiqh dan selainnya berpendapat: Harus dan disunatkan beramal dengan fadail a‘mal, targhib dan tarhib dengan hadith dhaif selagi bukan hadith palsu (موضوع). Manakala hukum-hukam seperti halal, haram, jual-beli, nikah, talaq dan sebagainya tidak boleh diamalkan kecuali dengan hadith sahih atau hasan, melainkan ianya diambil sebagai langkah berhati-hati (احتياط) tentang perkara tersebut, umpama jika disebut dalam hadith dhaif menerangkan tentang sebahagian perkara makruh berkait jual-beli atau pernikahan, adalah sunat tidak dilakukannya tetapi tidak sampai ke tahap wajib. Sesungguhnya aku menyebut fasal ini, kerana di dalam kitab ini dimuatkan hadith yang aku naskan sahih, hasan dan dhaif atau aku senyapkan tentangnya disebabkan terlupa atau sebab-sebab lain. Justeru aku tetapkan kaedah ini bagi diketahui oleh mereka yang memutalaah kitab ini.

 



[1] Al-Azkar, al-Imam al-Nawawi, Dar al-Rayyan al-Turath, 1988, hlmn 27

[2] Sahih al-Bukhari, Kitab al-I’tisam bi al-Kitab wa al-Sunnah, Bab al-Iqtiba’ bi Sunan Rasulullah saw.

Sahih Muslim, al-Hajj, Bab Fardh al-Hajj Marrah fi al-Umr

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427