Sun10222017

Last updateFri, 13 Oct 2017 4pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Arkib Tareqat Tasauwuf IMAM AL SYAFIE BERTAWASSUL

IMAM AL SYAFIE BERTAWASSUL

Ibn Hajr al Haitami berkata dalam kitab al-Khairat al-Hisan, pada Manaqib al Imam Abu Hanifah, fasal 35:

 

Ketahuilah, sesungguhnya berterusan ulamak dan orang yang mempunyai hajat, mereka menziarahi kuburnya dan bertawassul di sisinya untuk menunaikan hajat dan berjaya. Antaranya imam al-Syafie rh bila berada di Baghdad, dia datang (menziarahi) ke kuburnya, beliau berkata: Aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku pergi ke kuburnya. Sekiranya aku ada hajat, aku solat 2 rakaat dan aku pergi ke kuburnya dan aku mohon kepada Allah di sisi kuburnya maka permintaanku tertunai dgn cepat.

 

 

 وقال ابن حجر الهيتمي في (الخيرات الحسان) في مناقب الإمام أبي حنيفة في الفصل الخامس والثلاثين:

 

اعلم أنه لم يزل العلماء وذوو الحاجات يزورون قبره ويتوسلون عنده في قضاء حوائجهم ويرون نجح ذلك منهم الإمام الشافعي رحمه الله لما كان ببغداد فإنه جاء عنه أنه قال: إني لأتبرك بأبي حنيفة وأجيء إلى قبره فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين وجئت إلى قبره وسألت الله عنده فتقضى سريعا.

 

 

 

Diriwayatkan juga oleh al-Khatib dalam kitab Tarikhnya, jilid 1 halaman 123:

 

Daripada Ali bin Maimun berkata: Aku mendengar al-Syafie berkata: Aku bertabarruk dengan Abu Hanifah dan aku datang ke kuburnya setiap hari -dikala menziarahi-, sekiranya aku mempunyai hajat, aku solat 2 rakaat dan datang ke kuburnya, aku bermohon kepada Allah hajatku di sisinya maka cepat ditunaikan.

 

 

روى الخطيب في تاريخه 1 ص 123

 

عن علي بن ميمون قال: سمعت الشافعي يقول:

 

إني لأتبرك بأبي حنيفة وأجئ إلى قبره في كل يوم - زائرا - فإذا عرضت لي حاجة صليت ركعتين وجئت إلى قبره وسألت الله تعالى الحاجة عند - فما تبعد حتى تقضى.

 

 

 

Al-Alamah Ibn Hajar di dalam kitabnya yang bertajuk (الصواعق المحرقة على أهل الضلال والزندقة ) menyebut bahawa iman al-Syafie ra bertawassul dengan ahli al-Bait dengan menyebut:

 

آل النبي ذريعتي      *     وهم إليه وسيلتي

أرجو بهم أعطي غدا  *     بيدي اليمين صحيفتي

 

Yang bermaksud:

Ahli (al-Bait) Nabi perantaraku        

                    dan mereka wasilahku untuk sampai kepadaNya

Aku berharap dengan meraka, hari esok aku diberi

                   kitab amalanku melalui tangan kanan

 

 

وذكر العلامة ابن حجر فى كتابه المسمى بالصواعق المحرقة على أهل الضلال والزندقة أن الشافعي رضي الله عنه توسل بأهل البيت حيث قال:

 

آل النبي ذريعتي      *     وهم إليه وسيلتي

أرجو بهم أعطي غدا  *     بيدي اليمين صحيفتي

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427