Thu05252017

Last updateThu, 25 May 2017 11am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel
Back You are here: Halaman Utama Mengenai Kami Mufti Negeri Sembilan

Mufti Negeri Sembilan

DATO’ HJ. MOHD. YUSOF BIN HJ. AHMAD - MUFTI KEEMPAT KERAJAAN NEGERI SEMBILAN  

 

 

 

Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan pada tahun 1952 - 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958, kemudian di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) pada Jun 1959 - 1961, kemudian beliau meneruskan pula pelajaran di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) pada tahun 1962 – 1963, seterusnya di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT), tahun 1964 – 1965. Pada tahun 1966, beliau telah mengambil Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 sehingga 1972, beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.

 

Pengalaman dalam perkhidmatan : 

 

• Guru Bahasa Arab (sukarela), Sekolah Ugama Menenengah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan (SUMT) pada Mac 1973.

 

• Guru Bahasa Arab (Berijazah), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT) pada September 1973

 

• Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban(SMKU)

 

• Menjawat jawatan sebagai Pengetua:

 

     i)  Sek. Men. Keb. Agama, Seremban (SMKA) (1980 – 1985)

 

    ii)  Sek. Men. Agama Wilayah Persekutuan ( Okt 1985 – April 1987)

 

   iii)  Sek. Men. Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan (SMAP)(1987 – Nov 1988)      

 

   iv)  Sek. Men. Keb. Agama Syarifah Rudhiah, Melaka (SMKA)(1988 – Feb 1989)

  

    v)  Sek. Men. Keb. Agama Sheikh   Hj. Mohd. Said, Seremban(SMKA SHAMS)( Mac 1989-1997)

 

   vi)  Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Feb 2000)

 

 

BIODATA MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

 

Pada tahun 1952, YB Dato’ Mufti telah memulakan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan sehingga tahun 1957. Selepas itu YB meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958.

 

Bulan Jun 1959             - Sek. Ugama Men. Ren. Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR)

 

1962 sehingga 1963    - Sek. Ugama Men. Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT)

 

1964 sehingga 1965    - Sek. Ugama Men. Tinggi Seremban (SUMT)

 

1966 sehingga 1969    - Kolej Islam Malaya Petaling Jaya Sijil Tinggi & Diploma

 

                                             Pendidikan    

 

1970 sehingga 1972    - Universiti Al-Azhar, BA Usuludin, Jurusan Tafsir & Hadith,

 

                                             MA Syariah, Jurusan Fiqh Perbandingan

 

1983 sehingga sekarang - Ahli Jawatankuasa Fatwa, Negeri Sembilan

 

1990 sehingga 2008     - Ahli Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan

 

1974 sehingga 1983     - Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SRP

 

1980 sehingga 1983     - Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM

 

1982 sehingga 1985     - Ketua Panel Pemurniaan Soalan Thanawi Ma’had Gemencheh

 

1984 sehingga 1995     - Ketua Pasukan Kertas Pendidikan Islam SRP&SPM

 

1992 sehingga 1993     - Ketua Kumpulan Ujian Lisan Bahasa Arab STPM, N.Sembilan 

 

1994 sehingga 1999     - Ketua Pemeriksa Ujian Lisan Bahasa Arab STPM,

 

                                             Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

 

1996                                 - Ketua Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam  SPM

 

2000 sehingga 2009    - Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji

 

2002 sehingga 2009    - Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’ 

 

2000 sehingga sekarang - Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal

 

                                                     Dan Zulhijjah

 

 

Sepanjang berkhidmat beliau dikurniakan 3 pingat dan penghargaan :

 

Pingat

 

1.  Darjah Dato' Setia Negeri sembilan (DSNS) - 19 Julai 1998

 

2.  Pingat khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) - 19 Julai 1994

 

3.  pingat Jasa Kebaktian (PJK) - 19 Julai 1983

 

 

Penghargaan

 

1.   Tokoh Guru Negeri Sembilan 2009.

 

2.   Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah, Negeri Sembilan 1425 H/2005 Masihi.

 

3.   Lencana Terima kasih daripada Persekutuan Pengakap Malaysia dan Majlis 

 

      Pengakap Kumpulan Latihan  Malaysia Bahagian Pendidikan Guru.

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427