Thu10182018

Last updateWed, 12 Sep 2018 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Seminar Kefahaman Falak Siri 3/2018 & Cerapan Hilal Zu Al Hijjah 1439H

Pada 11 Ogos 2018 hari Sabtu, Seminar Kefahaman Falak Siri 3/2018 telah diadakan di Kompleks Baitul Hilal, Port Dickson. Seminar ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada peserta yang hadir berkenaan ilmu falak seterusnya menyemarakkan minat dalam mendalami ilmu ini. Ia juga bertujuan untuk menjawab persoalan yang timbul dalam masyarakat berkaitan ilmu falak syari'e seperti penentuan waktu solat dan sebagainya. 

Pada pukul 6.30 petang, Cerapan Hilal Zu Al Hijjah 1439H telah diadakan di tempat yang sama. Majlis ini bertujuan untuk melaporkan hilal Zu al Hijjah 1439H kepada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja bagi mengisytiharkan awal bulan al-Hijjah kepada masyarakat Islam di Malaysia. Selain itu, mengumpul data cerapan bagi taqwim dan waktu solat untuk kegunaan di masa-masa yang mendatang. Seterusnya, bagi menambahkan nilai tambah (value added) bagi kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri agar dapat mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Fizik Universiti Malaya dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam menjayakan program yang dirancang ini.  

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427