Fri05242019

Last updateMon, 11 Mar 2019 12pm

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Program Irsyad al-Fatwa Peringkat Daerah Jelebu-Jempol 2019

Program Irsyad al-Fatwa 2019 bagi peringkat Peringkat Daerah Jelebu-Jempol telah diadakan pada 21 Februari 2019 di Dewan Sri Harmoni, Kolej Komuniti Jelebu bermula pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Sesi pembentangan dimulakan oleh YBhg. Ustaz Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Fellow Utama/Pengarah pPusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik IKIM serta AJK Fatwa Negeri Sembilan. Beliau yang membentangkan tajuk Fatwa dan Perbezaan Pandangan Cabaran dan Penyelesaian. Pembentangan tajuk ini mendapat reaksi positif daripada para peserta menerusi soal jawab yang dikemukakan kepada panel pembentang.

Manakala sesi kedua ialah sesi bersama Jawatankuasa Fatwa iaitu Ybhg. Ustaz Hj. Zamani bin Hj. Ibrahim - Pengetua ITQAN / AJK Fatwa Negeri Sembilan dan Dr. Shuhadak bin Mahmud AJK Fatwa Negeri Sembilan. Moderator Ybhg. Ustaz Ahmad Azlan bin Raihan - Penolong Mufti Bahagian Istiqra JMKNN. Dalam sesi ini, perbincangan mengenai keputusan kertas-kertas fatwa yang dibincangkan sepanjang tahun 2017-2018.

Objektif Program Irsyad al-Fatwa adalah memastikan masyarakat Islam memahami mengenai peranan Institusi mufti sebagai tempat rujuk dan tonggak penyelesaian masalah hukum-hakam Islam di Negeri Sembilan, memastikan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Negeri tersebar ke pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan mereka memahaminya. Melalui program ini juga diharap dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu isu yang telah difatwakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah dan pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan.

Peserta program ini terdiri daripada guru takmir, imam, guru kafa, pegawai daripada daerah-daerah ini dan kakitangan serta pelajar-pelajar Kolej Komuniti itu sendiri. Dianggarkan lebih kurang 400 orang peserta menghadiri program tersebut..

Perasmian penutupnya disempurnakan oleh SS Dato' Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Tuan Muhammad Aznor Abdul Azizi dan Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu.

 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427