Wed07262017

Last updateWed, 05 Jul 2017 9am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Program Irsyad al-Fatwa Peringkat Daerah Kuala Pilah-Tampin-Rembau 2016

Program Irsyad al-Fatwa bagi Daerah Kuala Pilah-Tampin-Rembau 2016 telah diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Dewan Dato’ Bahaman, Kuala Pilah yang bermula pada jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program ini adalah anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan kerjasama dengan PAID Kuala Pilah, Tampin dan Rembau.

Objektif Program Irsyad al-Fatwa adalah untuk memastikan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Negeri tersebar ke pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan mereka memahaminya. Melalui program ini juga diharap dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu isu yang telah difatwakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah dan pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan.

Sesi pertama pembentangan bertajuk Konsep Dan Ciri-Ciri Pegangan  Ahli Sunnah  Wa al-Jamaah yang disampaikan oleh YBhg. Dr. Shuhadak bin Mahmud, Pengurus Lembaga Masjid Negeri Sembilan, merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

Sesi perbincangan kedua ini adalah sesi bersama Ahli Jawatankuasa Fatwa iaitu Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan dan al-Fadhil Tuan Haji Zamani bin Ibrahim, Pengetua ITQAN. Moderator bagi sesi ini ialah Ustaz Shahrizan bin Ibrahim, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAINS.

Isu-isu yang dibentangkan adalah tajuk yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan iaitu Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, Hukum Penukaran Nama Bukan Islam Kepada Nama Islam dan Garis Panduan Solat Dalam Keadaan Duduk. 

Upacara perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Norhayati binti Omar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebajikan Pembangunan Wanita & Keluarga (Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pilah).

Program ini mendapat sambutan amat menggalakkan daripada peserta yang dianggarkan lebih 350 orang, terdiri daripada guru takmir, imam, guru kafa, pegawai dan kakitangan agensi kerajaan. 

 

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427