Sat06242017

Last updateTue, 06 Jun 2017 10am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Multaqa Pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan Siri 1/2017

Program Multaqa Penerima Tauliah (Mengajar Agama) Negeri Sembilan Siri 1/2017 telah diadakan pada 23 Mac 2017 di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Objektif Program Multaqa adalah untuk mempertingkatkan kompetensi pengajaran dan pembelajaran kalangan tenaga pengajar bertauliah di Negeri Sembilan, mewujudkan platform perbincangan harmoni antara penerima tauliah dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, menyelaraskan kefahaman berkaitan hukum syara’ dan fatwa yang dikeluarkan dan menjelaskan kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Tauliah Negeri Sembilan (2012) dan pindaan-pindaan serta maklumat-maklumat semasa berkaitan Peraturan ini.

Pembentangan 1, kertas kerja bertajuk Pegangan Kepada Al-Quran dan As-Sunnah serta hubungannya dengan Mazhab Fiqh Yang Empat yang dibentangkan oleh Ustaz Muhammad Abdullah bin Muhammad Amir (Ahli Panel Penyelidik Fatwa Negeri Sembilan).

Manakala pembentangan 2 pula dibentangkan oleh Ustaz Dr. Mohd Khafidz bin Soroni (Ahli Panel Penyelidik Fatwa Negeri Sembilan), bertajuk Hadis Sebagai Sumber Rujukan dan Kedudukannya dalam Aliran-Aliran semasa di Malaysia.

Program ini mendapat sambutan baik dan sangat menggalakkan dengan jumlah peserta yang melebihi 400 orang, terdiri daripada pemegang tauliah mengajar di Negeri Sembilan.

Upacara penutupan program ini telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Haji Mohd Yusof bin Haji Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan. Harapannya semoga program ini dapat mencapai objektif yang disasarkan dan melahirkan para pengajar agama bertauliah yang mempunyai kompetensi pengajaran yang selaras dan berketrampilan tinggi.

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427