Fri12152017

Last updateWed, 25 Oct 2017 8am

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Program Irsyad al-Fatwa Peringkat Daerah Port Dickson - Seremban 2017

Program Irsyad al-Fatwa 2017 bagi peringkat Daerah Port Dickson - Seremban telah diadakan pada 17 Mei 2017 di Auditorium Pejabat Daerah Port Dickson, bermula pada 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Program pada tahun ini memfokuskan kepada permasalahan isu akidah.

Sesi pembentangan dimulakan oleh YBhg. Ustaz Mohd al-Amin bin Daud (Felo Penyelidik Institut Kajian Strategik Islam Malaysia – IKSIM). Beliau yang mengupas tajuk Fahaman Akidah ASWJ serta menangani Persoalan Bid’ah dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk & Kesan Jihad Yang Songsang. Pembentangan tajuk ini mendapat reaksi positif daripada para peserta menerusi soal jawab yang dikemukakan kepada panel pembentang.

 

Manakala sesi kedua ialah sesi bersama Jawatankuasa Fatwa iaitu YBhg. Dato’ Hj Arsad bin HJ Abdul Samad dan YBhg. Haji Zamani bin Ibrahim. Dalam sesi ini, perbincangan mengenai keputusan kertas-kertas fatwa yang dibincangkan sepanjang tahun 2016.

Objektif Program Irsyad al-Fatwa adalah memastikan masyarakat Islam memahami mengenai peranan Institusi mufti sebagai tempat rujuk dan tonggak penyelesaian masalah hukum-hakam Islam di Negeri Sembilan, memastikan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Negeri tersebar ke pengetahuan masyarakat Islam di Negeri Sembilan dan mereka memahaminya. Melalui program ini juga diharap dapat memberi penjelasan yang lebih mendalam dan terperinci mengenai sesuatu isu yang telah difatwakan untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka. Di samping itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan kemesraan antara institusi pentadbiran agama peringkat daerah dan pentadbiran fatwa di peringkat negeri dengan masyarakat Islam tempatan.

Peserta program ini terdiri daripada guru takmir, imam, guru kafa, pegawai dan kakitangan pejabat-pejabat kerajaan  serta pelajar-pelajar kolej Komuniti Port Dickson yang menjangkau hingga 350 orang.

 

 

 

Awam / Pelawat

Pautan Staff

Penerbitan

Mobile / Smartphone

Rangkaian Jabatan

Pautan Agensi :

myGov | Ketua Setiausaha Negara | MSC | 1 Malaysia | SUK NSLHDN | JPA | SPA | Kementerian Kewangan Malaysia | myEG |eKL | MDeC | MyBayar | PEMUDAH | MAMPU | Biro Pengaduan Awam | MySMS | Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia |E-Pembelajaran Sektor Awam | e-federal Gazzete | u-library

Pautan Jabatan Mufti Negeri :

Kelantan Darul Naim | Melaka Bandaraya Bersejarah | Pahang Darul Makmur | Perak Darul Ridzuan | Perlis Indera Kayangan |  Sabah Di Bawah Bayu | Sarawak Bumi Kenyalang | Selangor Darul Ehsan | Terengganu Darul Iman 

Hubungi Kami :
Aras 15, Menara MAINS,
Jalan Taman Bunga,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Tel : 06-7652426
Fax : 06-7652427