Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil 6/2018-1439H yang bersidang pada 30 Ogos 2018 bersamaan 18 Zulhijah 1439H telah membincangkan Parameter Perdagangan Forex oleh Individu Melalui Platform Elektronik. Muzakarah bersetuju dan memutuskan menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan seperti berikut :

  1. Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran  mata wang asing (FOREX) oleh individu secara “lani” (individual spot Forex) melalui platform elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang- undang . Selaras dengan itu, umat islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam    perdangan matawang seumpama ini.
  2. Muzakarah juga menegaskan bahawa keputusan yang diputuskan ini tidak terpakai keatas urusniaga pertukaran matawang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urusniaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi-institusi kewangan yang dilesenkan dibawah undang-undang Malaysia.

About Author

Connect with Me:

Comment on this FAQ

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast