Aurat wanita Islam dengan wanita kafir

Soalan :

Saya tinggal di asrama yang disediakan oleh universiti, bersama 2 orang teman bilik lain yang tidak beragama Islam, malah merupakan pelajar daripada luar negara. Bagaimanakah had batasan aurat saya dengan mereka di dalam bilik, memandangkan mereka seperti kurang mengerti tentang agama Islam, bimbang diceritakan tentang aurat saya kepada kawan-kawan mereka yang lain.

Adakah penyelesaian lain yang lebih sesuai untuk situasi saya ini?

Jawapan :

Aurat perempuan Islam terhadap perempuan kafir ialah seluruh badan selain bahagian anggota yang biasa kelihatan kerana keperluan tugas seperti melakukan kerja-kerja rumah dan sebagainya.

Perempuan Islam dilarang mendedahkan atau menceritakan aurat mereka kepada yang bukan mahram dan perempuan kafir tanpa keperluan tertentu yang mendesak.

Syor/cadangan: Saudari membuat permohonan kepada pengurusan asrama untuk bertukar ke bilik yang rakan sebiliknya beragama Islam.

 

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast