Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi Abad
TAJUK : Aqidah Ahli Sunnah Wa Al- Jamaa’ah & Cabarannya Merentasi Abad
PENULIS : Ustaz Haji Mahfuz Bin Muhammad
PENTERJEMAH : Tiada
PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBITAN : Februari 2012
HARGA : RM 5
BIL HALAMAN : 29
SINOPSIS
AQIDAH AHLI AL-SUNNAH WA AL-JAMAA’AH
Ustaz Hj Mahfuz bin Muhammad @ Hj Khalil dilahirkan di kampung Batu 6, Bukit Naga, Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal dari pondok ayahandanya ‘Ribat al-Fuad’ yang mana ayahandanya juga merupakan mudir Maahad Hisyamuddin Sg. Bertih, Kelang, Selangor. Ustaz Mahfuz juga merupakan anak didik dari pondok Manabi’ul Ulum, Kubang Ulu, Penanti Seberang Prai pada tahun 8oan. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama di Universiti Al- Azhar, Kaherah dalam Bahasa Arab dari tahun 1990-1997. Pada tahun 2000 beliau berhijrah ke Sudan dan kembali semula ke Mesir dengan mengikuti kursus Diploma Fatwa di Dar al-Ifta’, Mesir sehingga memperolehi diploma fatwa pada tahun 2001. Kini beliau bergiat dengan kerja-kerja dakwah dalam menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.
Buku ini menceritakan bahawa Ahl al-Sunnah ialah penganut sunnah nabi. Manakala al-Jam’ah ialah penganut i’tiqad sebagaimana I’tiqad yang dianuti oleh jamaah para sahabat Nabi s.a.w I’tiqad Ahl al-Sunnah ini termaktub di dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w tetapi ianya tidak teratur dan tersusun secara rapi. Pada kurun ketiga hijrahlahirlah al-Imam Abu Hasan al-Asy’ari. Beliaulah yang bertanggungjawab mengumpul dan merumuskan dengan rapi aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah ini.
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian : 06-7652526 / 2426 / 2416
Leave a Reply