KESAN – KESAN DOSA
TAJUK : KESAN – KESAN DOSA
PENULIS : Al-Imam Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad Bin Qayyim Al-Jauziyyah
PENTERJEMAH : Al Fadhil – Dato’ Mohd Yusuf B. Haji Ahmad
Al Fadhil – Syaiful Nizam Bin Md. Jan
Al Fadhil – Abdul Basit bin Abdul Wahab
PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBITAN : 2018
HARGA : 8
BIL HALAMAN : 124
SINOPSIS
KESAN-KESAN DOSA
Adalah sayugia bagi para mukmin menjauhi segala perbuatan maksiat. Jika tidak, maka layaklah baginya untuk mendapat balasan azab dari Allah.
Sesungguhnya lintasan hati itu akan melahirkan was-was di dalam hati seseorang. Sedangkan desakan was-was itu akan mencetuskan kehendak dan kemahuan.
Apabila tekanan kehendak dan kemahuan semakin kuat, maka lahirlah semangat dan azam. Selepas itu lahirlah perbuatan. Kemudian perbuatan tersebut akan menjadi satu kelaziman dan semakin mantap dengan tabiat.
Akhirnya yang empunya diri tidak akan dapat lagi menolak dan merungkai tabiat keji maksiat dan perilakunya. Apabila seseorang itu semakin kuat dikuasai oleh perbuatan maksiat, bererti akan lenyaplah sifat membenci segala perbuatan dosa dan maksiat pada diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kadang-kadang sifat ‘benci maksiat’ itu masih wujud lagi dalam hati seseorang, tetapi ia terlalu lemah.
Jadi sifat benci itu tidak mampu untuk mencelah kejahatan dan maksiat yang dilakukannya sendiri, apetah lagi orang lain. Apabila sampai pada tahap ini tunggulah kehancurannya.
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini ; terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416
Leave a Reply