Memelihara Ibu Bapa Jangan Derhaka
Tajuk : Memelihara Ibu Bapa Jangan Derhaka
Penyususn : A.F Ustaz Amru Alhaz Adnan
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit : Cetakan Kedua Februari 2015
Harga : RM3.00
Bil. Halaman : 20 muka surat
Sipnosis :
Menjaga maruah ibu bapa merupakan satu perkara yang sangat dituntut dalam islam. Ibu bapa mesti dihormati dan disanjung tinggi sesuai dengan jasa-jasa mereka melahirkan, menjaga dan membesarkan kita dengan penuh kasih sayang. Seseorang yang tidak memelihara maruah ibu bapa termasuk dalam kategori menderhaka. Derhaka kepada ibu bapa merupakan salat satu daripada dosa-dosa besar dalam islam. Sesungguhnya Allah SWT sangat memurkai sesiapa yang menderhaka dan tidak menjaga maruah ibu bapa. Sebagai seorang anak, hendaklah meletakkan martabat dan kemuliaan ibu bapa pada kedudukan yang tertinggi dan istimewa. Dia juga wajib mendahulukan mereka sebelum orang lain dalam berbakti selepas Allah Ta’ala dan Rasul-Nya. Kemuliaan dan ketinggian martabat ibu bap aitu telah dikhususkan oleh Allah SWT, sehinggakan Nabi Muhammad SAW menyebutnya di dalam sepotong Hadith. Jasa serta pengorbanan ibu bapa kepada……….
sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )
Leave a Reply