Agih zakat terus kepada asnaf

Soalan:

Boleh atau tidak org perseorangan atau NGO membuat pembayaran zakat terus kepada Anak Yatim atau Asnaf.

Jawapan:

Berikut adalah keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan, Bil 1/1429, 27 Februari 2008, Agihan Zakat Secara Persendirian

Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan dengan sighah seperti berikut:

Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentingan zakat tersebut. Justeru itu mengeluarkan zakat kepada pihak berkuasa agama adalah wajib.

Walaupun dari segi syarak, mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak dan cukup syaratnya tetapi perbuatan melanggar peraturan dan undang-undang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast