Bercumbuan di siang hari bulan Ramadhan

Soalan:

Adakah membatalkan puasa jika melakukan perkara-perkara berikut di bulan ramadhan.

  1. Kalau seseorang itu menciumi (bibir bartaut) isterinya.
  2. Kalau seseorang menghisap puting isternya.
  3. Kalau seseorang itu memegang buah dada isterinya.

 

Jawapan:

Bercumbuan, bermesraan dan sebagainya (mukadimah jimak) suami dan isteri pada waktu siang Ramadan adalah makruh kerana dikhuatiri akan menyebabkan rosaknya puasa, boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

Ia tidak membatalkan puasa, tetapi jika mencium dan mencumbui menyebabkan keluarnya mani, maka dia berdosa dan puasanya batal, walaupun demikian wajib baginya terus menahan diri daripada makan dan minum serta diwajibkan pula baginya mengqadha puasa tersebut.

Melakukan perbuatan tersebut tidak membatalkan puasa akan tetapi adalah lebih elok jika ia tidak dilakukan pada siang hari di bulan Ramadhan.

Perlu dingatkan bahawa membatalkan puasa Ramadhan dengan sengaja adalah berdosa, sama ada dengan makan, minum atau bersetubuh.

Orang yang melakukannya telah melakukan dua dosa; pertama, dosa membatalkan puasa Ramadhan dengan sengaja dan kedua, dosa melakukan helah (tipu daya) untuk menghalalkan larangan Allah pada bulan ramadhan.

About Author

Connect with Me:

Leave a Reply

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast