admin

MAKLUMAN PERMOHONAN ARAH KIBLAT DI NEGERI SEMBILAN

Untuk makluman, mulai 1 Januari 2022, segala permohonan penentuan arah kiblat di Negeri Sembilan kecuali rumah persendirian sama ada permohonan baru atau semakan semula perlu merujuk dan menghantar permohonan ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atau Pejabat Agama Islam Daerah untuk tindakan.

Sila hubungi talian di bawah untuk pertanyaan lanjut:

Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau:

  • Pejabat Agama Islam Daerah Seremban           : 06-7672895
  • Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson        : 06-6461402
  • Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu                     : 06-6135101
  • Pejabat Agama Islam Daerah Jempol                : 06-4581442
  • Pejabat Agama Islam Daerah Tampin                 : 06-4421306
  • Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Pilah            : 06-4821029
  • Pejabat Agama Islam Daerah Rembau               : 06-6851290

Disediakan oleh,

Unit Falak

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan

MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA NEGERI SEMBILAN BIL. 07/2021-1443H

TAKLIMAT DAN PEMBENTANGAN :

  • Kertas Unit Istiqra’: Cadangan Perlantikan Panel Penyelidik Jawatankuasa Fatwa 2021-2024.
  • Kertas Pembentangan Luar: AN Body Fitness & Health, Pandangan Fatwa Berkenaan Penggunaan Audio Zikir Dan Salawat Didalam Aktiviti Kecergasan.
  • Kertas Pembentangan BPMS JHEAINS
  • Soalan Hukum dan hal-hal lain

Muat turun Taqwim Hijri 1443h

 

Sila klik link di bawah.

 

https://1drv.ms/u/s!Ag5TO54_-4MYcdNeBhKm0JTBf1s?e=ng5YxK

 

Zon 1- Tampin & Jempol

 

Zon 2- Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah & Jelebu

Pengumuman

Kami memohon maaf kerana WEBSITE ini masih dalam

penyelenggaraan.

 

 

Pemberitahuan

Kami memohon maaf kerana page ini masih dalam pembinaan.

Pakaian sukan tight untuk melancarkan perjalanan darah

Soalan:

Saya mempunyai satu persoaalan agama dan memohon pandangan Ustaz dari sudut agama islam. Saya dan rakan perniagaan saya dalam proses awalan untuk mengeluarkan satu produk pakaian sukan iaitu compression pant atau seluar tight panjang. Produk ini adalah untuk membantu meningkatkan performance atlet dan pemakai ketika bersukan dan juga untuk digunakan bagi membantu proses recovery atau pemulihan selepas bersukan. Target market produk ini adalah untuk lelaki dan perempuan dewasa. Tetapi menjadi kemusykilan kami, kami terbaca tentang etika pemakaian bagi muslimin dan muslimat yang patuh syariah. Oleh kerana produk yang kami ingin keluarkan ini apabila dipakai ianya perlu ketat bagi membantu peredaran darah ketika bersukan dan pemulihan dari sudut sains sukan, kami fikir ianya menyentuh etika pemakaian bagi muslimin dan muslimat dan ianya menjadi syubhah. kerana kami fikir jika kami meneruskan proses pengeluaran produk ini kami akan dapat saham-saham buruk di akhirat dan rezeki yang kami cari ini juga terkesan. Justeru itu, kami amat memerlukan pandangan dari Ustaz yang arif dalam hal-hal berkaitan ini sebelum kami fikir untuk berhenti atau kami boleh meneruskan rancangan kami ini.

 

Jawapan:

Menurut pandangan Islam fungsi pakaian adalah untuk menutup aurat, melindungi pemakai dari panas atau sejuk dan untuk meningkatkan imej penampilan.

Sehubungan itu ada beberpa prasyarat yang perlu dipatuhi dalam berpakaian seperti tidak jarang atau tipis, tidak terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh , tidak menyerupai jantina yang berbeza dan sebagainya.

Oleh itu sekiranya fungsi compression pant atau seluar tight panjang itu boleh melancarkan darah maka bolehlah dipakai di sebelah dalam sama ada pihak lelaki atau wanita.