admin

Cerai takliq

Soalan:

cerai takliq “lahir sahaja kandungan ini, aku cerai kan engkau “.Bagaimana kaedah eddahnya?Adakah 3 kali suci @ lahir anak tadi sudah habis eddahnya.

Jawapan:

Cerai takliq itu berlaku selepas bersalin maka eddahnya adalah 3 kali suci.Rujukan Dr. Zulkifli al-Bakri

Isteri memberi duit mas kahwin kepada suaminya

Soalan:

Bolehkah isteri memberi duit mas kahwin kepada suaminya

Jawapan:

Duit mas kahwin adalah hak isteri terpulanglah kepada isteri utk menggunakannya

Binti dengan ayah angkat

Soalan:

Binti dengan ayah angkat. JPN kata tidak perlu tukar nama cuma buang binti sahaja. Pelanggan juga tidak tahun nama sebenar ayah kandung. Bagaimana keadaan ini?

Jawapan:

Haram hukumnya menasabkan anak kepada bapa angkat. Sunat membin / bintikan kepada salah satu daripada nama2 Allah contoh :- Abdullah, Abd, Rahman dsb.

Memotong rambut ketika dalam/datang haid

Soalan:

Memotong rambut ketika dalam/datang haid? Apakah hukumnya?

Jawapan:

2 pendapat ulamak
i) Makruh kerana supaya anggota badan bersih / suci ketika dibangkitkan pada hari kiamat,
ii) Harus kerana tiada nas yang melarang.

Buat pinjaman untuk haji

Soalan:

Buat personel  loan / pinjaman peribadi Bank Islam untuk pergi haji. Apakah kedudukan Haji tersebut?

Jawapan:

Orang yang berhutang tidak dikira sebagai orang yang berkemampuan. Syarat wajib untuk pergi menunaikan haji ialah berkemampuan.

Curang

Soalan:

Masalah lelaki ini dah kahwin, isteri ada hubungan dengan lelaki lain (syak) sahaja. Akhirnya isteri mengaku dan menyesal. Perkara itu dah lama berlaku dan isteri minta maaf pd suami. Kemudian suami memaafkan perbuatan isteri. Adakah si suami dayus?

Jawapan:

Dayus ialah membiarkan isteri berterusan melakukan maksiat. Hal tersebut tidak menjadikan si suami seorang dayus.

Solat Dhuha

Soalan:

Bila waktu yang dibolehkan atau sesuai untuk solat Dhuha dan bolehkan dibuat secara berjemaah?

Jawapan:

Waktu dhuha ialah diantara setengah jam selepas waktu syuruk hingga setengah jam sebelum waktu zuhur. Boleh dilakukan secara jemaah.

Talak

Soalan:

Hukum menceraikan isteri ketika hamil adalah harus dan jatuh talak  

Jawapan:

  1. Hadith

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا

(Sahih Muslim 1471)

Yang bermaksud, Dari Ibnu Umar r.a bahawa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab r.a menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Baginda pun berkata kepada Umar bin Khatthab r.a, Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar r.a) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil.

Berdasarkan hadith di atas, terdapat dua hukum: (a) haram menjatuhkan talak sewaktu isteri sedang haid dan (b) harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

 

  1. (i)  Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 4

… وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ …

Yang bermaksud, …Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka …

    (ii)  Firman Allah dalam surah al-Talaq ayat 6

… وَإِن كُنَّ أُولٰتِ حَملٍ فَأَنفِقوا عَلَيهِنَّ حَتّىٰ يَضَعنَ حَملَهُنَّ  …

Yang bermaksud, … Dan jika mereka berkeadaan sedang hamil, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya …

Jika seorang perempuan itu diceraikan semasa hamil, maka masa iddah mereka adalah apabila mereka melahirkan anak. Maka kelahiran anak itu adalah penentu habisnya masa iddah, tidak kira sama ada masa itu sehari ataupun 8 bulan. Jadi bagi mereka, iddah boleh jadi panjang atau boleh jadi pendek. Isteri yang telah ditalak itu berhak kepada tempat tinggal dan nafkah sehinggalah dia bersalin.

 

Majlis Zikir 2019