Zakat emas
Soalan:
Ibu saya sudah meninggal dunia 17 tahun lalu dan arwah ibu ada meninggalkan emas perhiasannya seberat 122.6 gram yang telah disimpan oleh ayah. Adakah perlu kami adik beradik mengeluarkan (membayar) zakat emas perhiasan tersebut. Bolehkah kami menjual emas ini dan kemudiannya duit hasil jualan itu ditolakkan dengan zakat emas. Selebihnya, baki kami faraidkan kepada adik beradik seramai 5 orang dan juga ayah (jadi jumlah adalah 6 orang waris si mati)?
Jawapan:
Emas perhiasan yang kurang daripada 200 gram tidak perlu dizakatkan. Terserah kepada waris untuk menguruskannya.
Leave a Reply