Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk
Tajuk : Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara
Furuk
Kategori : Akidah
Keputusan : Sighah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016 yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Sya’ban 1437H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyahdan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.
- Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyahyang boleh menggugat perpaduan umat Islam.
- Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah-
- Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif
- Membaca Yasin pada malam Jumaat
iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati
- Mengadakan kenduri arwah
- Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Maal Hijrah pada setiap tahun
- Membaca Yasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban
vii. Berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah
viii. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu
- Membaca “Basmalah”secara kuat / nyaring dalam solat fardhu
- Menyebut lafaz “Usalli”dalam niat solat
- Membaca qunut dalam solat subuh
xii. Bersalaman selepas solat berjemaah
xiii. Solat sunat qabliah Maghrib.
xiv. Solat sunat qabliah Jumaat
- Fidyah solat
xvi. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.
xvii. Bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih selain 8 rakaat
xviii. Menyapu muka selepas salam
xix. Aqiqah dengan binatang al-An‘am selain kambing
- Amalam bertawassuldan bertabarruk
xxi. Berdoa dan membaca al-Quran di kubur
xxii. Doa akhir tahun dan awal tahun
- Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:
- Membid’ahkan mana-mana orang yang mengamalkan perkara i hingga xxii.
- Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.
iii. Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.
- Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang didalam perkara (4).
- Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan
Status : Proses Pewartaan
Comment on this FAQ