Tajuk: Risalah ‘ Tiang Agama’ Menyalahi Aqidah Islam

Keputusan: (Sighah)

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

25hb November 1999

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991) 

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991

(Enactment No.1 of 1991)

 

PEMBERITAHUAN FATWA

NOTIFICATION OF FATWA

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1. Risalah “Tiang Ugama” (“risalah tersebut”) adalah menyalahi akidah Islam

2. Mana-mana orang atau kumpulan orang adalah dilarang –

(a) mengajar, mempelajari, mengamal, menyebar atau berpegang kepada ajaran-ajaran atau fahaman-fahaman yang terkandung dalam risalah tersebut;

(b) memiliki, mencetak, menerbitkan, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan dengan apa cara jua risalah tersebut termasuklah dalam-

(i) apa-apa versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya kepada mana-mana bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti atau media;

(iv) apa-apa bentuk termasuk melalui bahan cetak atau elektronik atau selainnya.

2. Mana-mana orang adalah dilarang membantu dengan apa cara jua orang atau kumpulan orang yang disebut di perenggan 2

 

Bertarikh 4 November 1999

[JMKNNS.209 (01) 914/1]

PU/NS (JB) (AG) 15/92 Jld.1]

 

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Tajuk: Dakwaan Pengakuan Dan Sokongan Pihak Tertentu Diperlukan Untuk Layak Masuk Syurga

Keputusan: (Sighah)

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

25hb Oktober 2001

ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK

(NEGERI SEMBILAN) 1991

(Enakmen No. 1 Tahun 1991)

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 1991

(Enactment No.1 of 1991)

PEMBERITAHUAN FATWA

NOTIFICATION OF FATWA

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

IN exercise of the powers conferred by section 30 of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) Enactment 1991 and approved unanimously by the Islamic Legal Committee pursuant to subsection 33(6) of the Administration of Islamic Law (Negeri Sembilan) 1991, the Mufti of Negeri Sembilan State Government on behalf and in the name of Islamic Legal Committee, hereby issue the Fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

Isu 1 : Penggunaan nama atau yang dikaitkan dengan Islam dalam nama sesuatu Pertubuhan boleh mengelirukan akan Agama Islam dan ajarannya.

Fatwa : Tiada halangan untuk menggunakan perkataan Islam oleh mana-mana pertubuhan malah digalakkan dengan disiplin ilmu, iman dan ihsan. Mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan perkataan Islam untuk tujuan mengelirukan dan menyeleweng adalah salah dan boleh diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Isu 2 : Penambahan syarat kepada pengiktirafan seseorang sebagai orang Islam.

Fatwa : Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai orang Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Dari itu adalah salah dan tidak berhak bagi mana-mana pihak menambah apa-apa syarat bagi menentukan keislaman seseorang itu. Fahaman sedemikian adalah salah di sisi Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Isu 3 : Dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada pihak tertentu

Diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga dan

           Kenyataan bahawa orang tertentu akan ditempatkan di neraka.

Fatwa : Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Dari itu dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang atau pertubuhan tertentu diperlukan sebelum seorang Islam dilayakkan ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam. Oleh itu sesiapa yang mengamal, mengajar, menyeru, menyebar dan lain-lain cara sebaran akan fahaman tersebut maka perbuatan sedemikian termasuk dalam perbuatan menyebar ajaran salah atau menyeleweng.

Bertarikh 25 Rejab 1422H/13 Oktober 2001

[PU/NS (JB) 5/2001; JMKNNS. 209(01)914/1]

DATO’ HJ. MOHD MURTADZA BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

Tajuk: Penyelewengan Ajaran Qadiani

Keputusan: (Sighah)

  NEGERI SEMBILAN

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

 

Jil. 66

No. 23

7hb November 2013

TAMBAHAN No. 12

PERUNDANGAN

N.S. P.U. 14

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) 2003

 PEMBERITAHUAN FATWA

 PENYELEWENGAN AJARAN QADIANI

 

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –

  1. Ajaran Qadiani adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.
  2. Bahawa pengharaman ini meliputi –
  3. apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  4. apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.

   3. Orang-orang Islam adalah dilarang –

  1. mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau
  2. memiliki, menyimpan, mencetak, menjualtermasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam.

Dibuat 17 Julai 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003

 NOTIFICATION OF FATWA

 DEVIATION OF THE QADIANI TEACHING

 

IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa –

  1. The Qadiani teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent.
  2. The haram of the said teaching encompass –
  3. any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  4. any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.

   3. Muslims are prohibited from –

  1. practicing the teaching and ideology of Qadiani, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or
  2. possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Qadiani teaching to Islamic teaching.

Made 17 July 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan

Tajuk: Penyelewengan Ajaran Taslim

Keputusan: (Sighah)

  NEGERI SEMBILAN

Warta Kerajaan

DITERBITKAN DENGAN KUASA

GOVERNMENT OF NEGERI SEMBILAN GAZETTE

PUBLISHED BY AUTHORITY

 

Jil. 66

No. 23

7hb November 2013

TAMBAHAN No. 12

PERUNDANGAN

N.S. P.U. 13

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) 2003

 PEMBERITAHUAN FATWA

 PENYELEWENGAN AJARAN TASLIM

 PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 [Enakmen No. 10/2003], Jawantankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar, mengeluarkan Fatwa berikut –

1. Ajaran Taslim adalah ajaran sesat. Adalah dihukumkan haram bagi orang-orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Mana-mana orang Islam yang terlibat boleh menjadi murtad dan hendaklah segera meninggalkan ajaran tersebut dan bertaubat.

2. Bahawa pengharaman ini meliputi –

  1. apa-apa variasi, versi cetak, bentuk atau cabang mana-mana ajaran tersebut di perenggan (1) di atas, dan termasuk apa-apa pegangan ideologi, falsafah atau sistem amalan yang tidak diakui dan bertentangan dengan syariat Islam dan pegangan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  2. apa-apa bahan publisiti termasuklah apa-apa terbitan sama ada yang dicetak, ditulis, ditaip atau dikeluarkan dengan apa-apa cara lain atau apa-apa bentuk untuk dibaca, dilihat atau didengar yang berkaitan dengan ajaran di perenggan (1) di atas.

3.  Orang-orang Islam adalah dilarang –

  1. mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Taslim, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, aktiviti ekonomi, sosial,program persembahan kesenian dan kebudayaan atau aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidupkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran ini; atau
  2. memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambing, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Taslim dengan ajaran Islam.

Dibuat 17 Julai 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(NEGERI SEMBILAN) ENACTMENT 2003

 NOTIFICATION OF FATWA

DEVIATION OF THE TASLIM TEACHING

 IN exercise of powers conferred by section 49 of the administration of the religion of Islam (Negeri Sembilan) Enactment 2003 [Enactment No. 10/2003], the fatwa committee with the assent of the Yang di-Pertuan Besar, issue the following Fatwa –

1. The Taslim teaching is deviate. It is haram for Muslims to involve in the said teaching. Any Muslim who involves in the said teaching may cause him to be a murtad. He should leave the said teaching immediately and repent.

2. The haram of the said teaching encompass –

  1. any variation, version, form or any division of the said teaching in paragraph (1) above, and includes any ideology, philosophy or system of practices which are not accordance with the Islamic law and adherence to Ahli Sunnah Wal Jamaah;
  2. any publicity materials including any publication whether printed, written, typed or reproduced in any manner or other forms to be read, visualized or listened to pertaining to the said teaching in paragraph (1) above.

3. Muslims are prohibited from –

  1. practicing the teaching and ideology of Taslim, being member, a head, a leader, conducting a speech, setting up an education and learning classes, carrying on any economy activities, social, arts and cultural programmes or other activities which purports to revive, propagate and spread the said teaching; or
  2. possessing, keeping, printing, selling including distributing film, an audio recording, pamphlets, books, magazines or any publishing, or any document, using any form of symbols, diagrams or signs which may relate the Taslim teaching to Islamic teaching.

Made 17 July 2013

[JMKNNS.BPK.100-32/1:PUNS 100/2/4]

DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Negeri Sembilan

 

Tajuk: Ajaran Tapediri 65 Atau Ba Tha Mim 114

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 seperti berikut:

1. Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.

2. Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut.

3. Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.

4. Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar.

5. Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.

     Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa kumpulan TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 atau apa-apa kumpulan seumpamanya adalah bercanggah dengan syariah dan semua ahli kumpulan berkenaan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

Status pewartaan : Proses Pewartaan

Tajuk: Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 08/2015-1436H yang bersidang pada 10 Disember 2015 bersamaan 28 Safar 1437H. Mesyuarat telah memutuskan seperti berikut :

1. Fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah bercanggah dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar serta bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama‘ah adalah seperti berikut:

i. bahawa pemerintah, ahli parlimen dan para ulama‘ Islam kesemuanya kafir serta harus diperangi kerana menerima sistem kufur;

ii. bahawa negara-negara Islam semuanya negara kafir kerana berhukum dengan sistem kufur dan haram menyertai sistem kerajaan sekarang;

iii. menafikan istilah “al-Qada’ wa al-Qadar”;

iv. berpegang kepada fahaman Qadariyyah;

v. bahawa aqidah Siyasiyyah lebih penting daripada aqidah ruhiyyah;

vi.menolak sumber aqidah melalui hadith Ahad kerana boleh membawa kesesatan berasaskan hadith Ahad itu dalil zanni sedangkan aqidah itu keyakinan; atau

vii.bahawa Nabi dan Rasul tidak maksum sebelum diangkat menjadi Nabi atau Rasul.

2. Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang dan diharamkan untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir termasuklah-

i. menjadi ahli kumpulan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

ii. berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

iii. mengisytiharkan diri sebagai ahli kumpulan Hizbut Tahrir melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain;

iv. berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

v. melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

vi. mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir;

vii. memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, atau menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di mana-mana harta alih atau tak alih atau;

viii. mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir di Negeri Sembilan.

3. Mana-mana orang Islam yang telah berbai‘ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah S.W.T.

4. Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru mempunyai persamaan dengan unsur-unsur fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir adalah disifatkan bercanggah dengan aqidah ajaran Islam yang sebenar.

5. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Hizbut Tahrir atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan.

 Status Pewartaan : Proses Warta

Tajuk: Ajaran Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Fatihah Daripada Zaman Bin Mohd Nor

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016 – 1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan sighah Fatwa Bagi Ajaran Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Fatihah daripada Zaman bin Mohd Nor seperti berikut:

1. Ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah meragukan dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen seperti berikut:

  • Menyamakan sifat Allah SWT dengan sifat makhluk.
  • Menambahkan bacaan dalam solat
  • Menggunakan nas-nas atau dalil-dalil daripada sumber yang tidak sahih dan diragui.
  • Mentafsirkan al-Quran dan hadith mengikut tafsiran sendiri.
  • Meninggalkan solat Juma‘at.

2. Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor termasuklah:-

  • Menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Mohd zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya, sama ada melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.
  • Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebaginya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran fahaman dana ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Telah berbai’ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor di Negeri Sembilan.

3.  Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan Allah SWT.

4.  Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

5.  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman merka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana sesawang, blog, facebooktwitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan.

Status : Proses Pewartaan

Tajuk: Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah-

i. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif

ii. Membaca Yasin pada malam Juma‘aT

iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati

iv. Mengadakan kenduri arwah

v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma‘al Hijrah pada setiap tahun

vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban

vii. Berdo‘a beramai-ramai selepas solat berjema‘ah

viii. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu

ix. Membaca “Basmalah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu

x. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat

xi. Membaca qunut dalam solat subuh

xii. Bersalaman selepas solat berjema‘ah

xiii. Solat sunat qabliah Maghrib.

xiv. Solat sunat qabliah Juma‘at

xv. Fidyah solat

xvi. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.

xvii. Bilangan raka‘at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka‘at

xviii. Menyapu muka selepas salam

xix. Aqiqah dengan binatang al-an‘am selain kambing

xx. Amalam bertawassul dan bertabarruk

xxi. Berdo‘a dan membaca al-Quran di kubur

xxii. Do‘a akhir tahun dan awal tahun

4. Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:

i. Membid‘ahkan mana-mana orang yang mengamalkan perkara i hingga xxii.

ii. Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.

iii. Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.

5. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perkara 4.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan

Status pewartaan : Proses Pewartaan

Hukum Membeli Pelacur Tapi Tidak Bersetubuh

Soalan: Saya pernah melanggani pelacur tiga kali. Saya melakukan segala-galanya kecuali bersetubuh. Saya tahu dengan melakukan perbuatan itu saya melakukan dosa besar. Tetapi saya ingin tahu, adakah perbuatan saya itu dikira zina? Adakah saya termasuk dalam kalangan penzina (yang seharusnya dikenakan hukuman 100 kali sebatan)? Adakah jalan untuk saya bertaubat dan bagaimana caranya?

Jawapan: Merujuk kepada persoalan ditimbulkan, sebagaimana diketahui, zina adalah perbuatan yang dikutuk Allah. Dalam hubungan ini, ada banyak ayat al-Quran dan hadis Rasulullah melarang umat Islam melakukan zina. Antaranya, Allah berfirman, bermaksud: “dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu ialah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk” (al-Isra’:32) Oleh kerana zina itu ialah perbuatan yang terkutuk, maka apa saja yang berkaitan dengannya, sama ada perbuatan, kelakuan, perkataan atau apa sahaja kegiatan yang boleh menjerumuskan atau membawa seseorang itu terjerumus ke dalam perbuatan zina, maka ia diharamkan Allah. Mengikut kaedah dalam ajaran Islam, perbuatan yang boleh membawa kepada perkara haram, maka ia juga haram. Begitu juga sebaliknya, sesuatu yang boleh membawa kepada perbuatan baik, berpahala, maka ia juga berpahala. Justeru, apa yang berlaku kepada anda adalah memalukan dan perbuatan yang ditegah oleh Islam. Walaupun anda tidak melakukan zina tetapi bercumbu dengan pelacur dan melakukan perkara lain yang ditegah agama dianggap berdosa kerana ia lambat laun akan membawa kepada zina. Perbuatan itu haram disisi Islam walaupun tidak sama dengan dosa zina yang merupakan dosa besar. Mengikut hukum Islam sendiri, sekiranya anda tidak melakukan zina anda tidaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 100 kali. Tetapi melakukan suatu perbuatan yang boleh membawa kepada penzinaan itu adalah haram. Ini kerana perbuatan zina itu adalah haram, maka apa yang anda lakukan itu adalah haram kerana perbuatan itu akhirnya menuju ke arah penzinaan. Ini berasaskan kepada hadis Rasulullah SAW. Baginda melarang orang yang menternak kambing seumpamanya, daripada menternaknya di tepi sempadan orang lain walaupun ia masih berada dalam tanah miliknya sendiri tetapi kerana berdekatan dengan sempadan itu, ditakuti binatang ternakan itu boleh memasuki dan memakan tanaman orang lain. Oleh itu, ia dilarang oleh Rasulullah SAW. Ertinya Rasulullah SAW atau Islam melarang kita melakukan sesuatu yang boleh membawa kita terjebak ke dalam perbuatan haram. Oleh itu, segeralah bertaubat dan menyesal di atas perbuatan itu. Kembalilah kepada ajaran Islam sebenar, kuatkan iman dan rajin beribadat kepada Allah. Pintu taubat masih terbuka dan Allah Maha Pengampun terhadap hamba-Nya yang menyesal dan bertaubat. Insya Allah, taubat anda akan diterima Allah. Kembalilah kepada agama Islam dengan sebenar-benarnya supaya hidup anda diredhai dan di berkati Allah.