Ajaran Bapak Bagindo Muchtar ( Ilmu Mengenal Diri ) Analisa Dari Sudut Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah
Tajuk : Ajaran Bapak Bagindo Muchtar ( Ilmu Mengenal Diri ) Analisa Dari Sudut Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Kategori : Akidah
Keputusan : Sighah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 7/2019 yang telah bersidang pada 26 September 2019 bersamaan dengan 26 Muharram 1441H telah bersetuju memutuskan bahawa :
- Ajaran Bapak Bagindo Muchtar (BBM) ini juga dikenali sebagai ilmu Mengenal Diri, istilah yang sinonim dengan ajaran “Kebatinan” atau “Batiniyyah”.
- Ajaran BBM mengandungi syubhat-syubhat yang kuat bagi fahaman Wujidiyyah Mulhidah, Hululiyyah dan Batiniyyah.
- Pengasasnya (Muchtar bin Uddin) tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama yang jelas dan mendakwa dirinya mendapat ilmu secara ghaib.
- Fahamannya jelas tidak bersumberkan daripada tafsiran Al-Quran atau syarahan hadis yang muktabar atau kalam Ulama’. Kebanyakannya dihuraikan berdasarkan pendapatnya sendiri.
Status : Tidak Diwartakan
Comment on this FAQ