Menanam Rambut di Kepala
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan bil.8/2019 yang bersidang pada 31 Oktober 2019 bersamaan 3 Rabi’ al-Awal 1441H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Islam tidak menghalang umatnya untuk melakukan sesuatu rawatan seperti menanam rambut di kepala dengan tujuan untuk memperelokkan diri dari keaiban, selagi tidak bertentangan dan melampaui batasan yang telah ditetapkan oleh syarak.
- Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menanam rambut di kepala adalah harus dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, menggunakan bahan-bahan yang suci dan tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudharat.
Status: Tidak Diwartakan
Comment on this FAQ