Penggunaan Kalimah Allah
Tajuk : Penggunaan Kalimah Allah
Kategori : Akidah
Keputusan : Sighah
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM
(NEGERI SEMBILAN) 2003
[Enakmen No. 10/2003]
PEMBERITAHUAN FATWA
PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 49 Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Sembilan ) 2003 [ Enakmen No. 10/2003], Jawatankuasa Fatwa dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar dan persetujuan Yang Teramat Mulia Undang Yang Empat dan Tengku Besar Tampin, mengeluarkan fatwa seperti yang berikut:
- Bahawa kalimah Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan kalimah itu tidak boleh digunakan atau dikaitkan dengan agama-agama bukan Islam.
- Oleh itu, wajib bagi umat Islam melindunginya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsusr-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka tindakan perlulah diambil mengikut undang-undang yang berkuat-kuasa.
Dibuat 14 September 2016
[ JMKNNS.BPK.100-32/1: PUNS 100/2/4]
DATO’ HJ. MOHD YUSOF BIN HJ. AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan
Comment on this FAQ