Tajuk: Ajaran Tapediri 65 Atau Ba Tha Mim 114

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 05/2015-1436H yang bersidang pada 30 Julai 2015 bersamaan 14 Syauwal 1436H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Ajaran TAPEDIRI 65 atau BA THA MIM 114 seperti berikut:

1. Penggunaan jurus dan pukul tidak kena dalam aktiviti persilatan mengandungi perkara-perkara meragukan dan unsur-unsur kebatinan yang bercanggah dengan ajaran agama Islam serta mempunyai persamaan dengan kumpulan Nasrul Haq yang sudah difatwakan sesat.

2. Perbuatan “Topup” bagi memberikan kembali semangat adalah khurafat dan ahli-ahli TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 perlu meninggalkan perbuatan tersebut.

3. Perbuatan mewajibkan ahli beramal sebagai syarat kemasukan ke dalam kumpulan adalah menyalahi konsep ikhlas dalam Islam.

4. Konsep dakwah melalui unsur-unsur kebatinan dalam persilatan adalah tidak boleh dilakukan kerana ia mengundang kepada kerosakan akidah yang lebih besar.

5. Semakan terhadap semua buku keluaran TAPEDIRI 65 didapati mengandungi banyak kesalahan-kesalahan yang serius.

     Sehubungan dengan itu Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan memutuskan bahawa kumpulan TAPEDIRI 65 dan BA THA MIM 114 atau apa-apa kumpulan seumpamanya adalah bercanggah dengan syariah dan semua ahli kumpulan berkenaan hendaklah bertaubat daripada melakukan perkara-perkara tersebut.

Status pewartaan : Proses Pewartaan

About Author

Connect with Me:

Comment on this FAQ

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast