Tajuk: Ajaran Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Fatihah Daripada Zaman Bin Mohd Nor

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016 – 1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan sighah Fatwa Bagi Ajaran Zikir Alunan Zat Cinta/Hikmah Fatihah daripada Zaman bin Mohd Nor seperti berikut:

1. Ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah meragukan dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen seperti berikut:

  • Menyamakan sifat Allah SWT dengan sifat makhluk.
  • Menambahkan bacaan dalam solat
  • Menggunakan nas-nas atau dalil-dalil daripada sumber yang tidak sahih dan diragui.
  • Mentafsirkan al-Quran dan hadith mengikut tafsiran sendiri.
  • Meninggalkan solat Juma‘at.

2. Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor termasuklah:-

  • Menjadi pengikut kepada fahaman dan ajaran Mohd zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Berada dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya, sama ada melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain.
  • Berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebaginya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran fahaman dana ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman, audio, risalah, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan apa-apa bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan fahaman dan ajaran mereka yang berpegang dengan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Telah berbai’ah (taat setia) dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor.
  • Mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor di Negeri Sembilan.

3.  Mana-mana orang Islam yang telah berbai’ah atau mengamalkan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah disifatkan bercanggah dengan ajaran Islam sebenar dan hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan Allah SWT.

4.  Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

5.  Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman merka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran Mohd Zaman bin Mohd Nor atau apa-apa fahaman dan ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana sesawang, blog, facebooktwitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Sembilan.

Status : Proses Pewartaan

About Author

Connect with Me:

Comment on this FAQ

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast