Tajuk: Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk

Keputusan: (Sighah)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 5/2016-1437H yang bersidang pada 31 Mei 2016 bersamaan 24 Syaaban1437H telah bersetuju memutuskan Sighah Fatwa Bagi Persoalan Bid‘ah Dalam Masalah Ikhtilaf/Khilaf Perkara Furuk seperti berikut:

1. Persoalan khilafiyah adalah perkara ijtihadiyah dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid‘ah kerana amalan tersebut telah diterima dan menjadi amalan ulama muktabar sejak dahulu.

2. Pandangan jumhur ulama sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara asas dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiyah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam.

3. Antara amalan yang didakwa sebagai bid‘ah adalah-

i. Konsep penggunaan dan pengamalan Hadis Dhaif

ii. Membaca Yasin pada malam Juma‘aT

iii. Membaca tahlil dan talqin untuk si mati

iv. Mengadakan kenduri arwah

v. Menyambut hari-hari kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj dan Ma‘al Hijrah pada setiap tahun

vi. Membaca Yaasin 3 kali pada malam nisfu Sya‘ban

vii. Berdo‘a beramai-ramai selepas solat berjema‘ah

viii. Membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai – ramai selepas solat fardhu

ix. Membaca “Basmalah” secara kuat / nyaring dalam solat fardhu

x. Menyebut lafaz “Usalli” dalam niat solat

xi. Membaca qunut dalam solat subuh

xii. Bersalaman selepas solat berjema‘ah

xiii. Solat sunat qabliah Maghrib.

xiv. Solat sunat qabliah Juma‘at

xv. Fidyah solat

xvi. Terbatal wuduk dengan sebab bersentuhan kulit lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini.

xvii. Bilangan raka‘at bagi solat sunat tarawih selain 8 raka‘at

xviii. Menyapu muka selepas salam

xix. Aqiqah dengan binatang al-an‘am selain kambing

xx. Amalam bertawassul dan bertabarruk

xxi. Berdo‘a dan membaca al-Quran di kubur

xxii. Do‘a akhir tahun dan awal tahun

4. Mana-mana orang atau kumpulan adalah dilarang:

i. Membid‘ahkan mana-mana orang yang mengamalkan perkara i hingga xxii.

ii. Menegah pengamalan dan pengajaran perkara i hingga xxii.

iii. Menyiar, menyebar dan menghebahkan atau mendedahkan dengan apa-apa cara pun bahawa perkara i hingga xxii adalah bid‘ah.

5. Mana-mana orang Islam adalah dilarang menjadi anggota, pemimpin atau penyokong mana-mana orang atau kumpulan orang yang dilarang di dalam perkara 4.

6. Mana-mana orang Islam yang melakukan perkara-perkara 4.i, 4.ii, 4.iii dan 5 di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa di Negeri Sembilan

Status pewartaan : Proses Pewartaan

About Author

Connect with Me:

Comment on this FAQ

  • WP-Backgrounds by InoPlugs Web Design and Juwelier Schönmann
    Change Font Size
    Contrast