Memberi jawapan dan penjelasan terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai hal ehwal hukum syarak yang tidak memerlukan fatwa dalam tempoh 14 hari.
Menyediakan penjelasan hukum syarak bagi pertanyaan dan aduan pelanggan yang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari.
Mengeluarkan tauliah mengajar dalam tempoh 14 hari setelah mendapat kelulusan jawatankuasa tauliah.
Menentukan dan mengesahkan arah kiblat pemohon dalam tempoh 30 hari.
Mendaftarkan permohonan mana-mana kumpulan tarekat dalam tempoh 14 hari setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.