Piagam Pelanggan
- Memberi jawapan dan penjelasan terhadap pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai hal ehwal hukum syarak yang tidak memerlukan fatwa dalam tempoh 14 hari.
- Menyediakan penjelasan hukum syarak bagi pertanyaan dan aduan pelanggan yang dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dalam tempoh 60 hari.
- Mengeluarkan tauliah mengajar dalam tempoh 7 hari setelah mendapat kelulusan jawatankuasa tauliah.
- Menentukan dan mengesahkan arah kiblat pemohon dalam tempoh 14 hari.
- Mendaftarkan permohonan mana-mana kumpulan tarekat dalam tempoh 14 hari setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.