Beliau dilahirkan pada 7 Februari 1945. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan pada tahun 1952 – 1957. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958, kemudian di Sekolah Ugama Menengah Rendah Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) pada Jun 1959 – 1961, kemudian beliau meneruskan pula pelajaran di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) pada tahun 1962 – 1963, seterusnya di Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT), tahun 1964 – 1965. Pada tahun 1966, beliau telah mengambil Sijil Tinggi di Kolej Islam Malaya Petaling Jaya, serta Diploma Pendidikan pada tahun 1969. Kemudian pada tahun 1970 sehingga 1972, beliau menyambung pengajiannya ke luar negara iaitu di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir.
• Guru Bahasa Arab (sukarela), Sekolah Ugama Menenengah Tinggi, Seremban, Negeri Sembilan (SUMT) pada Mac 1973.
• Guru Bahasa Arab (Berijazah), Sekolah Ugama Menengah Tinggi Seremban (SUMT) pada September 1973.
• Guru Penolong Kanan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ugama Seremban(SMKU).
• Menjawat jawatan sebagai Pengetua:
i) Sek. Men. Keb. Agama, Seremban (SMKA) (1980 – 1985)
ii) Sek. Men. Agama Wilayah Persekutuan ( Okt 1985 – April 1987)
iii) Sek. Men. Agama Persekutuan Labu, Seremban, Negeri Sembilan (SMAP)(1987 – Nov 1988)
iv) Sek. Men. Keb. Agama Syarifah Rudhiah, Melaka (SMKA)(1988 – Feb 1989)
v) Sek. Men. Keb. Agama Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban(SMKA SHAMS)( Mac 1989-1997)
vi) Maktab Perguruan Islam Bangi, Selangor (MPI) (1998 – Feb 2000)
Pada tahun 1952, YB Dato’ Mufti telah memulakan pembelajaran di Sekolah Kebangsaan Nuri Air Mawang, Johol, Negeri Sembilan sehingga tahun 1957. Selepas itu YB meneruskan pengajiannya di Sekolah Pertukangan Kayu Nuri pada tahun 1958 sehingga Mei 1958.
Tarikh | Tempat |
Jun 1959 | Sek. Ugama Men. Ren. Johol, Kg. Pasit, Negeri Sembilan (SUMR) |
1962 sehingga 1963 | Sek. Ugama Men. Tinggi Istana Lama Sri Menanti (SUMT) |
1964 sehingga 1965 | Sek. Ugama Men. Tinggi Seremban (SUMT) |
1966 sehingga 1969 | Kolej Islam Malaya Petaling Jaya Sijil Tinggi & Diploma Pendidikan |
1970 sehingga 1972 | Universiti Al-Azhar, BA Usuludin, Jurusan Tafsir & Hadith,MA Syariah, Jurusan Fiqh Perbandingan |
1983 sehingga sekarang | Ahli Jawatankuasa Fatwa, Negeri Sembilan |
1990 sehingga 2008 | Ahli Majlis Agama Islam, Negeri Sembilan |
1974 sehingga 1983 | Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SRP |
1980 sehingga 1983 | Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM |
1982 sehingga 1985 | Ketua Panel Pemurniaan Soalan Thanawi Ma’had Gemencheh |
1984 sehingga 1995 | Ketua Pasukan Kertas Pendidikan Islam SRP&SPM |
1992 sehingga 1993 | Ketua Kumpulan Ujian Lisan Bahasa Arab STPM, N.Sembilan |
1994 sehingga 1999 | Ketua Pemeriksa Ujian Lisan Bahasa Arab STPM,Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) |
1996 | Ketua Pemeriksa Kertas Pendidikan Islam SPM |
2000 sehingga 2009 | Ketua Panel Penterjemah dan Penyunting Kitab Fiqh-Manhaji |
2002 sehingga 2009 | Ketua Panel Penyunting Kitab ‘Aqidah Islamiyah’ |
2000 sehingga sekarang | Jawatankuasa Rukyah Hilal Ramadhan, Syawal Dan Zulhijjah |