TAJUK BUKU : Keistimewaan Umat Muhammad (Siri 1)
PENULIS : Dr. Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki
PENTERJEMAH : Al-Fadhil Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli
Al-Fadhil Ustaz Amru Al-Haz bin Adnan
Al-Fadhil Ustaz Haji A.Basit bin A.Wahab
PENERBIT : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT : 2005
HARGA : RM10.00
BIL.HALAMAN : 194 muka surat
SINOPSIS:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang masuk dalam kalangan ahli solat, ia akan dipanggil daripada pintu yang bernama pintu solat. Mereka yang masuk golongan ahli jihad, ia akan dipanggil dari arah pintu jihad, dan mereka yang berpuasa pula akan dipanggil dari arah pintu puasa. Sedangkan orang yang banyak bersedekah pula akan dipanggil dari pintu sedekah. Kemudian Abu Bakar As-Siddiq mencelah:
“Demi ayah dan ibumu wahai Rasulullah, adakah ini bermakna bahawa orang yang tergolong daripada semua golongan di atas akan dipanggil melalui pintu tersebut? Rasulullah menjawab: Ya, dan aku berharap kamu akan termasuk di dalam golongan itu”.
(Hadith Riwayat Bukhari)
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:
06-7652526 / 2426 / 2416