TAJUK BUKU : Yaqazah Dalam Pemikiran Ulama Sufi
PENYUSUN :
Dr. Hj. Sulaiman Bin Ibrahim El-Baruhiy
PENERBIT :
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT : 2015
HARGA : 12.00
BIL.HALAMAN : 124
SINOPSIS :
Yaqazah boleh didefinisikan sebagai peristiwa seseorang hamba Allah yang soleh & terpilih yang dikurniakan kelebihan atau nikmat melihat Nabi (s.a.w) tanpa bicara atau berlaku perbicaraan antara kedua-duanya atau perbicaraan sebelah pihak seperti arahan Nabi (s.a.w) kepada hamba itu dalam lingkungan perkataan yang tidak menambahkan atau mengurangkan syari’at Islam.
Buku ini adalah hasil kajian yang cuba untuk menyingkap beberapa persoalan utama yang difikirkan berguna untuk dimanfaatkan oleh para ilmuwan dan pendakwah. Ia juga ingin mengenalpasti apakah huraian ulama terhadap hakikat yaqazah yang menjadi pertikaian. Benarkah ia sesuatu yang benar-benar boleh terjadi..setiap persoalan ada jawapannya.
(sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416