Tajuk : Seminar Tasawwuf Negeri Sembilan 2007
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Tahun Terbit : Cetakan Pertama 2007
Harga : RM12.00
Bil Halaman : 121 muka surat
Sipnosis :
Tarekat tasawwuf merupakan satu kumpulan amalan yang penting di kalangan umat islam di nusantara. Walau bagaimanapun kebelakangan ini tarekat tasawwuf sering dimomokkan sebagai menyeleweng daripada aqidah ahli sunnah wa al-jamaah. Hal ini menyebabkan pengamal tarekat tasawwuf memencilkan diri dan mengamalkannya secara tersembunyi. Justeru Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus telah meguatkuasakan Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005 sebagai satu usaha murni bagi memartabatkan semula amalan tarekat ini. Kertas ini akan menjelaskan tuntutan-tuntutan dan kehendak-kehendak Enakmen Tarekat Tasawwuf (Negeri Sembilan) 2005. Kertas ini juga dikemukakan untuk memberi penjelasan tentang keperluan kumpulan tarekat tasawwuf untuk membangunkan tarekat tasawwuf secara lebih tersusub dan sistematik. Tarekat tasawwuf merupakan Satu organisasi bagi melaksanakan aktiviti tazkiyyah al nafs dan tarbiyyah ruhiyyah melalui pengalaman award dan zikr yang tersusun. Tarekat tasawwuf juga telah………
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416