Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2015-1436H yang bersidang pada 30 September 2015 bersamaan 16 Zulhijjah 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-79 berkenaan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi dengan sighah seperti berikut :
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-79 yang bersidang pada 6-8 September 2007 telah membincangkan Hukum Berjabat Tangan Dengan Wanita Ajnabi. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum berjabat tangan dengan wanita ajnabi tanpa berlapik adalah haram.
Status Pewartaan : Tidak Diwartakan





Users Today : 19
Users Yesterday : 511
Users Last 30 days : 6770
Users This Month : 3418
Users This Year : 3418