Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 07/2018 yang bersidang pada 25 Oktober 2018 bersamaan 16 Saffar 1440H telah bersetuju memutuskan bahawa:
- Islam amat menitikberatkan kebersihan. Namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan, tetapi sekiranya ia mendatangkan mudharat, penggunaannya adalah dilarang oleh Islam.
- Sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan selain anjing dan babi atau yang memberi kemudharatan kepada manusia adalah haram digunakan.
- Kulit binatang yang haram dimakan tetapi telah disamak kecuali anjing dan babi harus digunakan untuk tujuan kosmetik.





Users Today : 455
Users Yesterday : 412
Users Last 30 days : 6085
Users This Month : 960
Users This Year : 13081