Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Khas Negeri Sembilan Bil.7/2021 yang bersidang pada 30 November 2021 bersamaan 25 Rabi’ al-Akhir 1443H telah bersetuju memutuskan berkenaan Penggunaan Audio Zikir dan Selawat Di Dalam Aktiviti Kecergasan (Senaman Aerobik) seperti berikut:
a. Tidak membenarkan penggunaan audio zikir dan selawat di dalam aktiviti kecergasan (Senaman Aeroibik) kerana;
i. Zikir itu adalah merupakan satu syi’ar di dalam Agama Islam dan mempunyai adab-adabnya yang tertentu apabila hendak berzikir.
ii. Bagi mengelakkan daripada berlakunya fitnah dan tohmahan terhadap Institusi Agama dan Islam itu sendiri.
b. Harus menggunakan qasidah atau lagu-lagu yang berunsur keagamaan (lagu nasyid) sebagai alternatif di dalam aktiviti kecergasan (senaman aerobik) tersebut dengan menjaga segala adab-adabnya.





Users Today : 181
Users Yesterday : 431
Users Last 30 days : 10886
Users This Month : 878
Users This Year : 58993