Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 8/2012-1434H yang bersidang pada 11-13 Disember 2012 bersamaan 27-29 Muharram 1434H telah bersetuju memutuskan bahawa di dalam Islam tiada sebarang nas yang mewajibkan seseorang yang baru memeluk Islam dipanggil muallaf. Sebutan dan had tempoh panggilan muallaf ini lebih bersifat urf semata-mata.
Mesyuarat juga mengesyorkan agar pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan mengambil tindakan untuk menentukan tempoh had muallaf berdasarkan uruf di Negeri Sembilan.
Status Pewartaan : Tidak Diwartakan