TAJUK BUKU: Bidadari dunia wanita solehah
PENULIS BUKU: A.F Amru Al-Haz Adnan
PENERBIT: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus
TAHUN TERBIT: 2005
HARGA: RM3.00
BIL. HALAMAN: 20
SINOPSIS:
Umat Islam sekarang berada dalam situasi yang membimbangkan, terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Salah satu punca utama ialah kecetekan ilmu pengetahuan tentang syariat Islam. Seseorang yang mempunyai bekalan ilmu agama yang mantap tidak akan cenderung kepada perkara-perkara yang meruntuhkan moral dan agama, justeru ilmu agama perlu disebarkan melalui pelbagai cara, salah satunya penerbitan bahan bacaan.
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seseorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seseorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah di kalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari-bidadai tersebut. Bidadari dunia ialah isteri yang solehah, sentiasa taat dan menjaga kehormatan diri ketika suami tiada di rumah.
Isteri yang solehah adalah harta yang tidak ternilai dimiliki oleh suami. Isteri yang soehah itu selalu memerhatikan tanggungjawab sebagai isteri, dia hanya berbuat sesuatu berteraskan ketaatan kepada Allah.
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian: 06-7652526 / 2426 / 2416