TAJUK BUKU:
Ciri Ciri Seorang Peniaga Muslim
PENULIS:
Abdul Basit Bin Abdul Wahab
PENERBIT:
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TAHUN TERBIT: 2009
HARGA: RM3.00
BIL.HALAMAN: 54 muka surat
SINOPSIS:
Umat Islam sekarang berada dalam situasi yang membimbangkan, terpesong daripada landasan Islam yang sebenar. Salah satu punca utama ialah kecetekan ilmu pengetahuan tentang Syariat Islam. Seseorang yang mempunyai bekalan ilmu agama yang mantap tidak akan cenderung kepada perkara-perkara yang meruntuhkan moral dan agama, justeru ilmu agama perlu disebarkan melalui pelbagai cara, salah satunya penerbitan bahan bacaan.
Buku ini menekankan tentang akhlak peniaga dari sudut barangan perniagaan. Selain itu, akhlak peniaga sesama manusia antaranya bersikap amanah, bersikap al-sidq (benar), menjauhi perbuatan menipu, tanggungjawab dakwah. Akhir sekali, identity peniaga muslim seperti memelihara solat, memelihara syiar Islam, menjauhi sifat suka bersumpah.
(Sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian:
06-7652526 / 2426 / 2416