Tajuk : Kemantapan Rohani Penjana Negara Maju
Penerbit : Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
TahunTerbit :Cetakan Pertama 2004
Harga : RM12.00
Bil halaman : 170 muka surat
Sipnosis :
Imam al-Ghazali r.d dalam kitab Ihya’ ‘Ulumi’ d-Din yang terkenal itu membahagikan tasawwuf kepada 2 bahagian, iaitu tasawwuf mu’amalah dan tasawwuf mukasyafah. Tasawwuf mu’amalah ialah berkenaan dengan isu-isu seperti bersuci, beribadat, sifat-sifat yang baik yang perlu dijadikan perhiasan diri. Demikian pula di dalamnya termasuk soal-soal kehidupan seperti nikah kahwin, usaha mencari rezeki yang halal, kehidupan berjiran, dan persoalan-persoalan yang sedemikian. Perkara-perkara yang dimasukkan ke dalam bidang tasawwuf mukhasyafah pula ialah perkara-perkara yang menyentuh hakikat-hakikat tentang roh dan jiwa, hakikat ketuhanan, hubungan Tuhan dengan alam, hal-hal yang kekal abadi yang selain daripada fardhu ain dalam perbicaraan. Maka boleh dikatakan bahawa perbicaraan tentang ‘Martabat Tujuh’ ini adalah termasuk ke dalam bahagian atau bidang yang disebut ‘ mukasyafah’ itu. Dalam hubungan dalam perkembangan islam di dunia melayu, nampaknya dalam beberapa abad awal perkembangan itu……………..
( sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan).
Sebarang pertanyaan dan pembelian boleh berurusan dengan Unit Sumber Maklumat, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri di talian :
06-7652526 / 2426 / 2416