Tajuk: Manhaj Fiqh Al-Shafi’i
Penulis: Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha ‘Ali Al-Sharbaji’
Penerbit: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
Harga: RM14.00
Bil Halaman: 446 muka surat
Sipnosis:
Harta yang dimiliki oelah orang yang hilang sebelum kehilangannya atau apa-apa perolehan bagi orang yang hilang semasa kehilangannya tidak boleh dibahagi-bahagikan hinggalah terdapat bukti tentang kematiannya, atau telah berlalu satu tempoh yang lazimnya orang yang hilang tidak boleh hidup melampaui tempoh tersebut. Ia merupakan tempoh yang tidak ditetapkan jangka masanya. Dalam tempoh itu, hakim berijtihad mengenainya dan membuat keputusan tentang kematian orang yang hilang itu secara ijtihad. Sebelum keputusan hakim, sebarng urursan berkaitan harta orang hilang itu tidak sah kerana asalnya dia masih hidup. Oleh itu, hartanya tidak boleh diwarisi kecuali dengan yakin. Apabila hakim membuat keputusan tentang kamatiannya, maka hartanya dibahagi-bahagikan kepada para waris yang wujud ketika kematian tersebut diputuskan, sama ada dengan keterangan atau ijtihad hakim. Oleh itu, sesiapa dalam kalangan kerabatnya yang mati walaupun sesaat sebelum itu tidak boleh mewarisi hartanya sedikitpun kerana pewaris yang hilang mungkin mati pada ketika itu. Orang hilang dianggap masih hidup selagi belum terdapat apa apa bukti tentang kematiannya atau ia masih belum…………
…. (sila baca keseluruhannya di dalam buku ini terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)
Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi 06-7652526 / 2426 / 2416 ( Unit Sumber Maklumat )